Sunday, May 31, 2009

Penanti : Pilihan Raya Paling AMAN.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob menyifatkan perjalanan pilihan raya itu paling aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

"Keadaan tenang dan aman dan saya berharap jika ada lagi pilihan raya pada masa akan datang, biarlah keadaannya sama seperti ini," katanya.

ps : boleh, boleh, boleh..macam kata upin. BN takde, pilihan raya aman. Maksudnya BNlah yang selalu buat kacau...

KEPUTUSAN PENANTI

Mansor Othman (PKR) 6,052 undi

Aminah Abdullah (Bebas) 392 undi

Nai Khan Ari (Bebas) 494 undi

Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 56 undi

Jumlah mengundi: 7,100

Peratus: 46.15

Undi rosak: 106 undi

Majoriti: 5,558 undi

ps : BN ngaku kalah

Saturday, May 30, 2009

Chin Peng : Najib melawat China

PUTRAJAYA 29 Mei - Isu ekonomi dan perdagangan menjadi topik penting yang akan dibincangkan antara Malaysia dengan China semasa lawatan rasmi Perdana Menteri, Najib Razak ke republik itu pada 2 hingga 5 Jun ini.

Menteri Luar, Anifah Aman berkata, beberapa memorandum persefahaman dan perjanjian bilateral dijangka dimeterai sempena lawatan tersebut.

ps : La ni bising pasal Chin Peng yang tinggal di Bangkok.. komunis, tapi Najib nak pegi China. Jangan pegi ler. Nanti orang kata PM pegi ziarah suku sakat Chin Peng.. tak ke haru... atau nak bagi tau kat China, Chin Peng tak leh balik Malaya...hebat-hebat, 1 Malaysia.

Wednesday, May 27, 2009

Police: created chaos at Perak hunger strike condemned

Nizar Jamaluddin, Pakatan Menteri Besar Perak
Don’t fear these blatant attempts to silence the people. Perakians and Malaysians, please have courage because in the end, right will always conquer might.

I also urge all Muslims to show solidarity by fasting together. We must not let Najib and his Umno party frighten us or prevent us from carrying out peaceful protests to express our feelings and wishes.

Surveys show that 90 percent of the people want the dissolution of state assembly. People don’t want a menteri besar elected by a court. They want a menteri besar elected by the people.

The doctor said if you have kencing manis (diabetes) or darah tinggi (high blood pressure), not to fast. As an engineer, I say that if you have darah manis (sweet blood) or kencing tinggi (a lot of urine), it would do you good to fast.

We see the police spending RM8 million on each by-election claiming to guard the safety of the people. But when BN does not contest in Penanti, the police are not there. This shows they are only there to guard the safety of BN leaders.

Tian Chua, PKR strategic affairs director and Batu MP
It is the spirit that counts and that is something Najib can never take from the people nor the Pakatan. Hidup rakyat, Perak!

Nga Kor Ming, Pantai Remis ADUN and Taiping MP
Gandhi also had a 21-day hunger strike which forced the British colonialists to negotiate the independence of India. But here in Malaysia, put up tent cannot, gather cannot, wear black cannot, hold candles cannot, drink teh tarik also cannot.

Lee Boon Chye, Gopeng MP
Tak nak makan pun tak boleh. Mana Malaysia Boleh? A state government must have the legitimacy of being elected by the people, not one that is the result of a power grab. This has been proven by the events of the past four months.

The people of Perak people cannot settle down because they have not accepted and will not accept the Umno-BN administration because it was not their choice. It was forced on them by Prime Minister Najib Razak.

Tuesday, May 26, 2009

Polis : Jaga Rakyat atau Pakatan Rakyat.

Polis membuat tangkapan sebanyak 14 orang di depan Wisma DAP , kemudian membebaskan OKT sebelum asar. Pada sebelah malamnya 2 orang lagi ditahan menurut blog cina Islam. Polis juga telah berkawal dari pagi hingga ke malam. Kesalahannya kerana rakyat Islam nak puasa sunat, pakai baju hitam dan tak nak makan. Nampaknya polis perihatin sungguh dengan kegiatan Pakatan Rakyat.

ps : perompak, peragut, penagih, mat rempit masih berleluasa... baiklah polis jaga kebajikan rakyat 1 Malaysia daripada jaga program Pakatan Rakyat. Betul kata DS Hj Nizar( MB Rakyat) tiada BN tiada kacau..contoh di Penanti..aman tanpa kekacauan. Tolonglah cikgu... jangan jadi balaci BN..

Debat : Menteri Pertahanan Tiada Ketahanan












Mengejutkan. Beberapa jam lagi menjelang perdebatan di antara dua tokoh Umno dan PAS, tiba-tiba Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik diri.

Sepatutnya jam 9.30 malam ini berlangsung perdebatan tokoh berkenaan dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pada program Hujah yang dikendalikan Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof di TV9. Mereka bakal memperkatakan isu politik wang.

ps : Camne ni... ramai orang dah tunggu.. macam keputusan mahkamah juga.. sekejap jadi, lepas tu tak jadi... takut beb.... takut kalah ke? Debat kat tv takut.. kat mahkamah boleh kot... nama je Menteri Pertahanan tapi tak ade ketahanan... mungkin ada uzur syarie... sangka baik beb!

Perak: MB Mahkamah atau MB Katak

Dr Zambry Abd Kadir marah apabila Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat memberi gelaran "Menteri Besar Mahkamah" kepada beliau.

Sebaliknya beliau mahu gelaran tersebut diberikan kepada Nizar Jamaluddin yang menurutnya orang yang memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.

"Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Nik Aziz) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.

"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry yang dipetik Bernama.

Sabtu lepas Nik Aziz berkata Dr Zambry adalah Menteri Besar Mahkamah kerana tidak mewakili seluruh rakyat Perak.

Dr Zambry juga menolak kemungkinan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri itu.

"Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telahpun diputuskan oleh mahkamah. Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan.

"Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa langkah itu merupakan pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satu-satunya jalan menentukan kerajaan mana ada suara majoriti.

Gelaran yang diberikan kepada beliau mungkin bersesuaian melihat kepada ketidaksanggupan beliau mengadakan undi tidak percaya terhadap Ni zar dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan enggan membubarkan DUN bagi membuka laluan kepada pilihan raya baru negeri.

Sikap Dr Zambry yang mahu terus memegang jawatan tersebut hasil pekutusan mahkamah menyakinkan lagi rakyat bahawa gelaran yang diberikan oleh Nik Aziz kepada beliau tepat dan benar.

ps: ....atau MB Katak..

Sunday, May 24, 2009

PPP : Kayveas digulingkan.

PUTRAJAYA: Parti Progresif Penduduk (PPP), yang pernah dilanda krisis kepimpinan dua dekad lalu, kini kembali ke era lama apabila kumpulan penyokong Senator T. Murugiah, yang dipecat minggu lalu, memilih beliau sebagai Presiden baru parti itu hari ini.

Ia diputuskan pada Mesyuarat Agung Tahunan Tergempar (EGM).Malah EGM itu juga melucutkan Datuk M. Kayveas sebagai Presiden.Ketika mesyuarat ini diadakan Kayveas dikatakan berada di Johor untuk merasmikan persidangan perwakilan negeri itu.

EGM yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula pukul 12 tengah hari dan berakhir dua jam kemudian.

ps : isk,isk,isk.. apa dah jadi ni. Mesyuarat pun kat Putrajaya. Siapa restu ni ? Kayveas mana ni ? Masih sibuk menggantung ahli ke ? Gantung jangan tak gantung .. Lepas ni PPP akan jadi parti Mahkamah.. Gaduh yeop! Jangan tak gaduh...bila agaknya presiden MIC pula akan digulingkan...

Saturday, May 23, 2009

Hanipa Maidin : Mesti Baca

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria. Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut .

Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.

Friday, May 22, 2009

MB : Menunggu keputusan dari Hakim.

Ramai yang terasa bahang menunggu keputusan yang akan diumumkan oleh Hakim Rayuan kes MB Perak. Ada juga yang membuat lawak " keputusan dah tau, tapi yang tau hanya hakim saja." Masa ni bukan masa nak melawak, tapi sekurang-kurangnya hilang juga tension.

Mungkin ini agaknya perasaan mereka yang menunggu keputusan AF, siapa jadi juara. Kalau ada penaja untuk siaran langsung kan bagus.

ps : aku baru dapat berita sms jam 4.00 ptg Hj Nizar tak menang. APA pun keputusan aku harap ini semua dalam perancangan ALLAH swt.

DUN Manek Urai : Cadangkan BN boikot.

BN telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan bertanding di DUN Penanti. Dengan beralasankan untuk tidak mahu membazirkan wang rakyat. Konon merekalah (BN) parti yang paling berhemah dalam berbelanja. Alasan yang kedua pula mereka menyatakan bahawa pilihan raya ini hanya rancangan PR untuk memalukan kerajaan BN.

BN juga sepatutnya tidak bertanding di DUN Manek Urai dengan alasan yang sama. Cumanya alasan yang kedua perlu ditukar daripada perancangan PR kepada perancangan ALLAH untuk memalukan BN.

ps : BN serba tak kena...

AlFatihah : Ust Ismail Yaakob

(Bernama) - Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung.Beliau dimasukkan ke hospital tersebut untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.Allahyarham meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.

Ismail yang mewakii PAS mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi tersebut, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim.Namun Ismail dipilih semula bertanding di DUN berkenaan pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS bahagian Kuala Krai.

ps: Semoga rohnya diletakkan bersama para solehin.


Solat Hajat.



PAS Cawangan Gopeng telah melakukan solat hajat untuk memohon kepada ALLAH swt agar keputusan esok status MB Perak mengikut perancangan Allah. Solat hajat dilakukan selepas majlis usrah. Perbincangan tentang pembersihan hati dan persiapan pilihan raya menjadi perhatian.

ps: Jangan lupa..cuti ni banyak majlis perkahwinan jemaah. Selamat pengantin baru untuk Pendekar Laut. Selamat menerima menantu Ustaz Shuib dan Ustaz Ibrahim Istar.

Thursday, May 21, 2009

Demokrasi 1 Malaysia : Boleh di penjara.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan menjadi perintis kepada pelaksanaan sepenuhnya undang-undang dan peraturan berkaitan larangan berkempen pada hari mengundi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ngah Senik berkata individu yang melanggar larangan berkempen menurut Sub Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh ditahan polis dan dikenakan tindakan penjara tidak lebih setahun atau denda RM5,000 atau keduaduanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata selama ini larangan itu tidak dipatuhi sepenuhnya oleh parti yang bertanding kerana mereka masih melobi undi di kawasan pondok panas melalui pemakaian lambang, logo, bendera parti atau pemujukan.

"Bagaimanapun, pada pilihan raya kecil Penanti ini, pondok panas tidak lagi dibenar kerana kita tidak mahu aktiviti meraih atau merayu undi berlaku pada saat akhir sebelum pengundi masuk ke pusat pengundian," katanya pada taklimat media di sini hari ini.

ps : Isk, isk, isk... Kalau BN bertanding, undang-undang ni tak pakai.. suka hati le yeop!!!

Status MB Perak

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan akan memutuskan esok berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Md Raus Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop akan membacakan keputusan itu pukul 3.30 petang esok.

Mahkamah mula bersidang pukul 9.40 pagi tadi dengan mendengar hujah daripada peguam, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry.

Sebelum mahkamah berhenti rehat, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail turut mengemukakan hujahnya sebagai pencelah.

Peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pukul 5 petang tadi.

MB Perak : Keputusan.



Mahkamah masih mendengar penghujaan Nizar pada waktu petang setelah mendengan penghujaan Man Bridhi pada sebelah pagi. Kemungkinan besar tiada keputusan hari ini.

1.14 pm :Appeals court hears Zambry, then Nizar

1:13pm: Gani wraps up his submission that because Nizar has already lost the majority, Article 16(6) of the State Constitution requires his resignation, failing which his office and that of the executive councillors are deemed vacated. The court has taken a break and will resume at 2pm.

12:31pm: Gani says it follows that there is no need for a vote of no-confidence to be taken in the assembly to determine if Nizar has lost the majority's confidence. The fact is that he has already lost his majority.

12:24pm: Case intervener, Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail, is now submitting that Nizar's request for dissolution, based on the 28-28 deadlock, is a self-admission that he lacks the majority's confidence.

11:41am: Zambry's lawyer, Datuk Cecil Abraham, is submitting that the Perak Constitution has no provision requiring a vote of no-confidence to determine if Nizar should resign. A three-person bench of judges is hearing Zambry's appeal.

Wednesday, May 20, 2009

BN : Nak Free..

Pengarah SPRM pernah membuat kenyataan bahawa mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa Fairus( Bekas ADUN Penanti). Tetapi selepas Fairus melepaskan jawatannya sebagai TPM 1 P.Pinang dan dan belum melepaskan kerusi DUN Penanti dan PM menyatakan tidak bersedia untuk mengadakan pilihan raya, SPRM menyatakan pula bahawa tidak cukup bukti untuk mendakwa Fairuz. (Macam chipsmore ...kejap ada kejap tak de.)

Apa yang diharapkan Fairus tidak melepas kerusi Penanti dan mengharapkan Fairus marah kat Keadilan dan menyertai BN. Tapi hajat BN itu tidak kesampaian. Anak muda itu tetap dengan keputusannya melepas kerusi Penanti. Frust menonggenglah BN...

ps: Bagi BN takde duit..takde kerja.

Syafie : Fear Of Elections In Perak Does Not Arise.

PUTRAJAYA, May 15 (Bernama) -- Umno Vice-President Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said today the main question now was not whether the Barisan Nasional (BN) was afraid to face possible elections in Perak where there is a political impasse.

ps : kome memang tak takut...cuma tak berani je. Udah le tu..takkan le mahkamah pula nak menetukan EMBI kume. Serah je pada rakyat... SIKATAK tu rakyat yang yang pilih atas dasar parti bukannya individu...bior kume buat umpan mancin lombong je...isk ikan pun tak mau kot..

Tuesday, May 19, 2009

Gaduh Gaduh.

MCA tidak memberi kebenaran atau restu kepada Timbalan Presidennya, Dr Chua Soi Lek untuk mengadakan perbincangan dengan Naib Presiden, Pas Datuk Husam Musa mengenai krisis politik di Perak, kata Presiden MCA, Ong Tee Keat.

"Pucuk pimpinan parti hanya diberitahu mengenai perbincangan itu oleh Chua semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai perkara itu yang tersiar dalam blog Chua semalam.

Hari ini pula Najib melantik Dr Chua Soi Lek sebagai penyelaras BN bagi negeri yang BN kalah. Apalah komen Presiden MCA pulak.

ps : Gaduh apek...jangun tak gaduh..Samy pun ada gaduh.... PPP pun ada gaduh...UMNO??? pagi petang gaduh...

Hakim Abdul Aziz : Penghakiman 78 muka surat.

Dalam penghakiman 78 muka yang dikeluarkan kepada media semalam, Abdul Aziz berkata sebaik saja Menteri Besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiada siapa lain.

Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.

Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap Menteri Besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.

"Saya berpendapat bahawa pemecatan Menteri Besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," kata beliau.

Sunday, May 17, 2009

DUN Perak : PAS Pahang siap sedia.

Tuan Ibrahim amat bimbang dengan situasi yang berlaku di Perak yang memerlukan semua pihak dalam parti bersiap sedia untuk diarahkan pada bila-bila masa.

"Petugas PAS perlu bersedia untuk diarahkan pada bila-bila masa. Pilihanraya kecil Dun Perak kali ini jika ada adalah pilihan raya kecil berbeza dari sebelumnya kerana ia dijangka melibatkan pembubaran DUN Perak.

"Keperluan persiapan petugas lebih besar dari sebelumnya. Saya harapkan setiap ahli melakukan pengorbanan yang termampu. Bila masa untuk kita diminta bertugas kita segera berangkat," katanya.

ps: Siap siaga yeop!!!

Kisah setahun lalu di ungkit kat US.

Dalam satu sidang media bersama Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton Jummat lalu, Anifah mendakwa Anwar telah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri sebagai ganjaran jika beliau melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Peh!!! kes dah setahun lebih baru bercerita. Masih nak burukkan DSAI diluar negara. Kalau PR, pasti dikatakan memburuk-burukkan Malaysia diluar negara. BPR kan ada masa tu.. repot ajelah... fitnah kat US buat pe... balik ni pi jumpa SPRM dan terima saman dari DSAI...

ps : Kaki bodek tak kira tempat.. ada peluang kita bodek...

PM: 3 Bulan Baru Obama Ucap Tahniah.

Walaupun hampir 3 bulan Najib Tun Razak ditabalkan menjadi PM Malaysia, Obama hanya baru semalam mengucapkan tahniah melalui kad sahaja. Kalau kucing mengandung, dah beranak dah. Apa punya lambat da... Itu pun kerana Menteri Luar Malaysia pergi ke sana, mungkin nak maklumkan kepada Amerika bahawa Malaysia dah ada PM baru.

Anifah menyatakan kemungkinan Mr Obama terlalu sibuk. Walaupun untuk menalipon sekalipun. Zaman serba canggih ni nampaknya Amerika masih ketinggalan atau Mr Obama tak pandang pun, atau tak mau ambik tau atau takde rasa hormat. Harap PEWARIS boleh kasi warning ini sama Obama.

Saturday, May 16, 2009

Hakim Contoh 1 Malaysia : Dato' Ramly Mohd Ali

Keputusan yang cepat, mungkin dapat menyelesaikan kes-kes di mahkamah. Contoh baik ini telah dapat dilakukan oleh Hakim Mahkamah rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali. Tahniah.
Contoh ini juga boleh diambil oleh perkhidmatan di hospital kerajaan. Di mana pesakit terpaksa menunggu berjam-jam untuk bertemu dengan doktor dan mengambil ubat. Cuma pastikan keputusan yang dibuat betul dan ubat yang diberi tepat.
Berbalik kepada hakim contoh SeMalaya ini, tidak dicontohi selepas itu. Rayuan DS Nizar bukan sahaja lambat malah tertunda pula. Perkara baik ini dapat dibuat sehari sahaja kerana mungkin keputusan yang tidak betul atau apa-apa sahaja menyebabkan ia tidak dapat dijadikan contoh untuk 1 MALAYA.



Tunggu Durian Jadi Tempoyak.

Nampaknya durian terus mengguling mentimun. Sudahlah kes Nizar perlu ditunggu 5 hari, dah tunggu kena tunda lagi 3hari. Sepatutnya kes rayuannya untuk menidakkan Man Brydi (Mandela+Zambry+Ghandi) MB haram yang sah haramnya daripada menjalankan tugas MB Perak pada hari Isnin (18.5.2009) di tunda kepada Khamis (21.5.2009). Nampaknya timun kena tunggu durian jadi tempoyak. Yang pastinya durian tetap akan jadi tempoyak.

ps : patut le..keroja hakim ni mudah masuk neraka... (yang jenis hakim dicadang Linggam le..)
korek, korek, korek!!!

SELAMAT HARI GURU.

Kepada semua guru sama ada yang masih berkhidmat atau sudah bersara dari perkhidmatan diucapkan selamat "HARI GURU". Kepada guru-guru, pensyarah, dan para ustaz yang pernah mengajar saya diharapkan mendapat pahala yang berkekalan daripada ilmu yang manfaat yang telah dicurahkan.

Terutama diucapkan jutaan terima kasih kepada guru yang telah mengenalkan saya dengan 1,2,3,a,b,c dan alif, ba, ta sehingga saya menjadi seperti sekarang. Paling istimewa kepada kedua-dua ibu bapa yang banyak mengajar tentang kehidupan. Semua anda di atas bumi ini adalah guru. "SELAMAT HARI GURU".

Friday, May 15, 2009

Ketua Penerangan UMNO : 60 000 jentera UMNO Otak Beku.

KUALA TERENGGANU: Lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno di seluruh negara gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.

Katanya terdapat 20,000 anggota jentera penerangan di peringkat cawangan parti, tidak termasuk 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri di peringkat itu.

"Jumlah mereka ramai tetapi ramai yang tidak tahu tugas dan tidak tahu apa yang hendak dibuat," katanya kepada pemberita pada perjumpaan dengan jawatankuasa penerangan Umno Terenggani di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

ps : Isk,isk,isk..ada duit ada kerja...dia orang ni otak beku... makan duit punya orang..makan tido bolehlah... lagipun media tv tiga suku ada, utusan meloya ada, Berita hairan ada.. itu pun tak jalan... inikan otak beku nak bagi penerangan... berbuih air liur macam Dato' Sabree Chik..

Hakim Dato' Ramly Mohd Ali dan VK Linggam.

KUALA LUMPUR, 15 Mei : - Hakim Dato' Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Dato' Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.

Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah.
-Harakahdaily.

ps : Macha...ini macam ka!

Thursday, May 14, 2009

PR : Serah pada rakyat selesai krisis Perak.

Pakatan Rakyat bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) namun mereka telah menetapkan pendirian bahawa krisis politik Perak perlu dikembalikan kepada rakyat untuk penyelesaian.

ps : Ada brani ka... itu orang.

Najib : Semalam Zambry, Ari nie Sultan.



Pilihan raya semula adalah satu daripada opsyen yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Najib berkata Barisan Nasional tidak gentar untuk menghadapi apa jua kemungkinan termasuk pilihan raya sekiranya itu yang diputuskan.

ps: Sebagai PM dan ketua kepada Mat Mandela, Najib boleh berperanan untuk menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menjadi hakim dalam menyelesaikan krisis Perak.

Tun M : No confidence vote enough to remove MB

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said a vote of no confidence against the Perak menteri besar was enough to remove him.
“If the Barisan Nasional is so confident that they have the majority, they can just move for a vote of no confidence as required by the court ruling,” he said.

“It is not good for the world to see us changing a menteri besar every other day. Public musical chairs like this are not very nice,” Dr Mahathir said.

He said a snap state election was unnecessary. But he conceded that the “results are a foregone conclusion”.
“I think Pakatan Rakyat will win. That’s my feeling. It is what I gathered after the debacle in Bukit Gantang and talking to other people,” he said.


When asked if it should be up to the voters again to decide the government in Perak, he said the constituents had already decided to vote in people who would defect.

Dr Mahathir was not optimistic of BN’s chances in the next general election. “I hope people have short memories,” he said.

ps : Jadi MB kerana undi katak..jadi MB katak....isk,isk,isk...

Wednesday, May 13, 2009

1 Malaysia :Rakyat di belakangkan, Kuasa diutamakan.


MB haram yang sah haramnya masuk pejabat.

Slogan Piem ini hanya gimik sahaja. Krisis di Perak menunjukkan Piem tidak menggunakan slogan yang dilaungkannya. Rakyat Perak tidak diberi hak untuk menentukan siapa yang layak untuk menjadi ketuanya. Jawatan MB Perak dibuat macam roti chipsmore. Kejap ada kejap tak de. Walaupun telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi DS Nizar adalah MB Perak yang sebenar-benarnya. Tapi Piem membenarkan kemelut ini berpanjangan... Rakyat tidak diutamakan, kuasa lebih penting...

ps : jadilah Zambry MB haram yang sah haramnya.

Najib serah pada Zambry.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata semalam bahawa ia terpulang kepada Zambry untuk memutuskan tindakan susulan berikutan kemelut politik yang berlarutan di negeri itu."

Segala masalah di Perak diletakkan di atas pundak Zambry. Walaupun Najib yang memulakannya selepas mengambil alih Jawatan Ketua Perhubungan UMNO Perak dari Tajol Rosli. Sudah buat onar di Perak kemudian mahu cuci tangan, dan meyerahkan kepada Zamry untuk membasuhnya..

ps : Nasib engko le Labu....

Rayuan : Nizar kena tunggu 5 hari, Zamry 2jam 10min dah bersidang.

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

Tarikh itu ditetapkan selepas Mohammad Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pada 2.20 petang melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan.

Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Turut disertakan bersama notis usul itu ialah sijil supaya kes itu disegerakan.

Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali hari ini membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dalam afidavit sokongannya, Mohammad Nizar berkata keputusan Mahkamah Rayuan semalam untuk memberikan perintah penggantungan itu kepada Zambry adalah salah dan beliau (Nizar) mengemukakan permohonan untuk membetulkan perkara itu.

Mohammad Nizar berkata Mahkamah Tinggi telah membuat takrif yang betul terhadap Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Beliau berkata sekiranya perintah pelaksanaan itu diberikan ia akan merampas haknya serta membuat keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkannya menteri besar Perak sebagai siasia.

Menurutnya perintah yang diperoleh Zambry itu akan mengganggu pelaksanaan secara lancar dan baik pentadbiran kerajaan negeri Perak selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Mohammad Nizar juga berkata perintah berkenaan akan mengelirukan rakyat negeri itu mengenai siapakah menteri besar yang sah serta menjadikan keadaan politik lebih tegang dan krisis perlembagaan lebih mendalam-mStar.

ps : kronologi zombie kes!

9.20 am 12 May - File case

11.30 am 12 May - bersidang

1.15 pm 12 May - dapat keputusan!



isk..isk..isk.........EFISYENnyaa!!!

Monday, May 11, 2009

Zamry MB Tak Sah 96 hari.


Datok Seri Zambry Kadiak telah mencipta sejarah di Perak kerana menjadi MB yang paling pendek iaitu selama 96 hari. Hari ini Mahkamah Tinggi telah memutuskan MB Perak yang sah ialah Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin berkuatkuasa serta merta. Zamry and the gang telah akur dengan keputusan itu dan mengosongkan pejabatnya bersama the gang di SUK.

ps: Syukur dan sujud syukur kepada Allah. Bersiaplah untuk pilihanraya seluruh negeri Perak.