Tuesday, May 26, 2009

Perak: MB Mahkamah atau MB Katak

Dr Zambry Abd Kadir marah apabila Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat memberi gelaran "Menteri Besar Mahkamah" kepada beliau.

Sebaliknya beliau mahu gelaran tersebut diberikan kepada Nizar Jamaluddin yang menurutnya orang yang memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.

"Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Nik Aziz) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.

"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry yang dipetik Bernama.

Sabtu lepas Nik Aziz berkata Dr Zambry adalah Menteri Besar Mahkamah kerana tidak mewakili seluruh rakyat Perak.

Dr Zambry juga menolak kemungkinan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri itu.

"Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telahpun diputuskan oleh mahkamah. Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan.

"Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa langkah itu merupakan pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satu-satunya jalan menentukan kerajaan mana ada suara majoriti.

Gelaran yang diberikan kepada beliau mungkin bersesuaian melihat kepada ketidaksanggupan beliau mengadakan undi tidak percaya terhadap Ni zar dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan enggan membubarkan DUN bagi membuka laluan kepada pilihan raya baru negeri.

Sikap Dr Zambry yang mahu terus memegang jawatan tersebut hasil pekutusan mahkamah menyakinkan lagi rakyat bahawa gelaran yang diberikan oleh Nik Aziz kepada beliau tepat dan benar.

ps: ....atau MB Katak..

No comments:

Post a Comment