Sunday, July 26, 2009

Lompat jangan Tak Lompat.

Dengor citer Katak dari Bote dan Behrang tak dapat dihubungi oleh umNO. Agaknye telompat di tempat tak der line. Isk bubar pulak DUN Perak ni.. DUN Ganu apa citer..

YAB Nizar : Utusan Melayau yang buat FITNAH.

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau menghadiri upacara menyalakan lilin bagi memperingati Teoh Beng Hock di sini pada Jumaat lalu dan mendakwa Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang salah.

Sebaliknya, bekas Menteri Besar Perak itu menegaskan, beliau hanya menghadiri sidang akhbar mengenai majlis menyalakan lilin anjuran DAP.

Ekoran itu, katanya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib memberikan komen atas laporan berita yang salah.

”Dia (Harun) baca Utusan Malaysia yang lapor tidak betul, jadi dia komen atas laporan yang salah. Dengar betul-betul, saya tidak kata dia buat komen yang salah tetapi buat komen atas laporan yang salah.

”Saya tidak hadir upacara pemasangan lilin itu tetapi saya cuma hadir sidang akhbar mengenai pemasangan lilin itu dan gambar yang disiarkan adalah semasa sidang akhbar tersebut di pejabat DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

”Bukan salah Zambry, Mufti Perak, Dewan Ulama Pas dan bukan salah sesiapa pun yang membuat komen kerana Utusan Malaysia buat laporan fitnah. Saya cuma kasihan kepada mereka kerana membuat komen atas laporan berita yang tidak betul,” katanya.

Apa kata TOK PETI Perak



Harap Dato Seri Harussani boleh kuarkan fatwa.

DEMO ISA : JOM KITE....


klik untuk besarkan gambar

Subra pun dah cabut dari BN

Bekas naib presiden MIC, SS Subramaniam hari ini menyertai PKR dan merupakan pemimpin MIC paling kanan yang melompat menyertai pembangkang.

Di satu majlis di Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini, Subramaniam, 72, (duduk dua dari kanan), turut mengumumkan 12 cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai PKR secara beramai-ramai.

Subramaniam menjadi naib presiden MIC selama 20 tahun dan juga menjadi naib pengerusi MIC Selangor selama tiga dekad.

Kih Kih Kih... tinggal ditaktor je dalam BN nih.

Thursday, July 23, 2009

PM : Tubuh Inkues

Mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini tunduk kepada desakan popular pelbagai pihak, termasuk pemimpin BN, agar menyiasat secara bebas punca kematian Teoh Beng Hock.

Keputusan rasmi kabinet itu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya menyebut:

Pertama, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.

Dua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.

Tiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.

umNO : Demo sokong SPRM



Isk..demo ape ni... 50 orang je yang hadir dan hanya sorang polis yang mengawal. Tahniah kepada umNO Ampang..yang menaja demo ini. Bikin malu aje.. pi main jauh-jauh!!!

Tuesday, July 21, 2009

Beng Hock : Suruhanjaya Di Raja

Cadangan Pakatan Rakyat supaya ditubuh Suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock mendapat sokongan pelbagai pihak. Semalam, Naib Ketua pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim menyatakan sokongan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya diraja bagi menjamin ketelusan siasatan. Ia juga penting bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku dan memburukkan keadaan. Menurut ahli Parlimen Muar itu juga, penubuhan Suruhanjaya ini juga boleh mengelakkan penipuan di dalam siasatan.

Hampir senada dengan pemuda Umno, Naib Presiden Parti itu Dato Seri Hishamudin Husin juga menyokong penubuhan suruhanjaya ini. Namun secara peribadi beliau lebih bersetuju ditubuhkan suruhanjaya ini selepas siasatan yang dilakukan oleh pihak polis masih menimpulkan persoalan yang tidak berjawab. Walaubagaimana pun beliau telah menyatakan persetujuan supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.

Seawal itu lagi, Presiden Parti Gerakan bersetuju supaya sebuah badan bebas perlu ditubuhkan untuk menyiasat kematian Beng Hock. Menurut beliau, ia penting bagi mengelakkan hilang keyakinan rakyat terhadap agensi kerajaan khususnya SPRM. Malah terdapat ramai lagi pemimpin parti-parti kompenen BN menyokong ditubuhkan suruhanjaya bebas ini.

Ini menunjukkan desakan Pakatan Rakyat terdiri daripada Pas, PKR dan Dap supaya berlaku ketelusan dalam siasatan ini dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja disokong oleh parti-parti kompenen BN. Oleh itu tidak timbul isu ini dipolitikkan atau diambil kesempatan oleh pembangkang. Sebaliknya menjadi keperluan kerajaan untuk segera menubuhkan Suruhanjaya ini tanpa banyak soal lagi. Abaikan Ibrahim Ali , Nazri Aziz dan lain-lain pengampu yang menentang desakan ini.

Gerhana Matahari

KUALA LUMPUR: Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok.

Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

Kawasan Utara Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya. - Bernama

ps : Boleh pakat sembahyang gerhana matahari.. 2 rakaat . 4 kali baca fatihah , 4 kali rukuk. x tahu kena belajar...

MU : Dapat Tilam Ganti Jamban Tan

Sebanyak 5,000 buah tilam yang digunakan bagi penginapan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai baru-baru ini dilelong kepada penduduk tempatan.

Pengurus Operasi Mad Global Resources Sdn Berhad iaitu syarikat pembekal tilam itu kepada PDRM, Azlina Adni berkata syarikatnya diarah melelong tilam jenis span itu pada harga RM10 untuk setiap tiga unit kepada penduduk kampung di kawasan Manik Urai.

Kih kih kih...Tilam pun Tilam lah.....

Monday, July 20, 2009

Tuesday, July 14, 2009

MU : Tak Rasmi umNO di TALQINkan.



Keputusan masih tidak menentu. Terkini dari Awani PAS menang majoriti 64. Aku tak kira tipis ke, tebal ke.. janji PAS Menang TAKBIR. Mari sama-sama kita membaca 'hidup melayu' untuk umNO semoga jasadnya diterima tanah...

MU : 87.3 % keluar mengundi.



Peratus keluar mengundi melebihi had yang dijangkakan oleh SPR. Peratus yang tinggi ini amat tidak digemari oleh BN. bagi PR(PAS) ia suatu berita baik. Oleh itu ketua Pengarah Piliharaya Kelantan, Abdul Fatah Harun mengistiharkan kemenangan calon PAS lebih awal dengan majoriti 1700 - 2000. Walau bagaimana pun pengiraan undi masih berjalan bermula jam 5.30pm. InsyaAllah, jika menang PR(PAS) kita bersyukur dengan memuji Allah, dan jika ditakdir BN kalah, itulah yang kita doakan...

MU: PAS istihar menang awal.

5.05pm: PAS supporters are already celebrating the victory of its candidate Mohd Fauzi Abdullah in the Manek Urai by-election.

When the 50-year-old fish wholesaler arrived at the PAS base around 4.40pm, he was greeted by shouts of 'Allahuakhbar' (God is great) and mobbed by supporters.

Mohd Fauzi looked elated, indicating that victory is already in the bag.

Earlier, Kelantan PAS election director Abdul Fatah Harun told Malaysiakini that based on exit polls, the party had won by a majority of nearly 2,000 votes.

"I cannot remember the percentage of votes obtained by PAS and Umno. But we will win by 2,000 votes," he added.

The nine polling stations closed at 5pm, with an 86 percent voter turnout recorded by 4pm.

-Malaysia kini.

Monday, July 13, 2009

MU : Rasuah Jamban tan


umNO menjanjikan jambatan untuk penduduk MU, jika undi BN. Rakyat Kelantan nak royalti minyak le... ada royalti, bukan setakat jambatan...lebih daripada itu boleh buat..

Sunday, July 12, 2009

Al Fatihah

Semalam, saya menerima sms daripada PakHasyim yang menyatakan pemergian ke rahmatullah ibu kepada Hj Salim (klinik), di Sg Petani. Takziah daripada PAS cawangan Gopeng dan didoakan semoga rohnya ditempat bersama orang-orang yang solehah. Amin. Al fatihah.

MU : Dr Mohd Asri Zainul Abidin



“Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun"

ps : Teman lame dah tau..

Rumah Khir : Komen Che' Det


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kontroversi banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, boleh menjejaskan moral Umno dan BN.

Sehubungan itu beliau menggesa Dr Mohd Khir supaya menjelaskan punca pembiayaan rumah beliau yang dikatakan bernilai RM24 juta itu.

"Beliau perlu menjelaskan di mana beliau memperoleh wang... tak bolehlah kata RM3 juta. Saya pun ada rumah juga, rumah saya RM1 juta saya belanja di The Mines, rumah dia berapa kali besar daripada (rumah) saya," katanya.

ps: kih!kih!kih!..lu talak pecaya ka..

Friday, July 10, 2009

Keputusan Undian di mstar online.













Siapakah yang dijangka memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan?

Calon BN: Tuan Aziz Tuan Mat
13.7%

Calon Pas: Mohd. Fauzi Abdullah
86.3%

Thursday, July 9, 2009

Katak Hilang

Jamaludin dan Osman diberitakan tidak dapat dihubungi oleh umNO. Dipercayai dia tersalah lompat, terlompat dalam perigi buta. Mungkin kecewa dengan janji-janji umNO yang tidak ditunaikan.
Walau bagaimanapun Zamry menafikan berita itu dan menyatakan 2 pakar lompat itu masih melompat-lompat dalam kuali umNO. Gambar tidak dapat ditunjukkan kerana takut katak-katak itu melompat keluar dan sukar untuk ditangkap. Begitulah adanya. Arakian.

PPSMI : Ngaku pencapaian merosot.


Muhyidin Yasin mengaku, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

"Malah jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan," katanya.

ps: Dulu Hisyamuddin tipu le... 1 Malaysia kena tipu kecuali Syazril Wong.

Tuesday, July 7, 2009

Calun Pilihan umNO.


Sejak dua menjak ni, korang perasan tak umNO suka mencalonkan, calon pilihanraya seperti seorang mamak. Yang terkini calon umNO di Manik Urai. Aku tengok macam adik bradik Zamry je... Ari tu kat Pematang Pauh memang sah mamak. Lawan Nizar di Bkt Gantang pun macam mamak juga. Mamak Zambry dijadika MB Perak. Adakah mamak salah...tak. Yang salah umNO.

ps: teringat kat mamak Mahathir..

MB Perak : Sebulan lebih baru keluar penghujahan

Setelah berjanji kepada Peguam Sulaiman Abdullah untuk mengeluarkan penghujahan bertulis dalam tempoh seminggu, kini barulah penghakiman bertulis dikeluarkan setebal 115 muka surat oleh hakim Mahkamah Rayuan berkenaan . Setelah mengambil sebulan lebih dan hampir diadakan pembicaraan di Mahkamah Persekutuan dalam kes MB Perak pada 9 dan 10 Julai ini .

Pada 22 Mei, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Raus Sharif, Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop telah memutuskan dalam bacaannya sekitar 4 minit memutuskan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah, yang mengubah keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menyebelahi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi pada 11 Mei sebelum itu.

ps : penghujahan yang tiada fakta

Saturday, July 4, 2009

Markas Polis : Gangguan di Manek Urai.


Orang ramai merungut bekalan elektrik di Manek Urai dan Laloh sering terganggu sehari dua ini.

Kata mereka gangguan tersebut kemungkinan berpunca daripada penggunaan alat penghawa dingin di markas sementara polis yang mulai digunakan sekarang.

Gangguan bekalan elektrik berlaku semalam mulai jam 5 petang sehingga 7.30 malam. Biar pun kaunter aduan Tenaga Nasional Bhd dibina di kampung Manek Urai Baru, nampaknya masalah gangguan bekalan elektrik masih berlaku.

ps :Kalau ceramah PR.. polis tak beri permit kerana menganggu ketenteraman awam. Yang ini pun kira ganggu juga. Tak payah pasang aircorn. Baru nampak lasak sikit...

Kereta : Perkara Membazir Yang Biasa Dilakukan.



Perkara biasa yang kita lakukan diwaktu pagi. Start enjin kereta. Dimanakah kita dapat ilmu ini ? Tiada sebarang manual kereta yang menyuruh kita berbuat demikian. Inilah satu ilmu yang kita warisi turun temurun. Amalan biasa ini , mesti kita berhentikan. Setiap pagi, beribu-ribu atau berjuta orang akan melepaskan CO2 dengan program memanaskan enjin setiap pagi.

Memang betul enjin kereta akan semput jika terus dibawa. Ada cara untuk mengatasinya, iaitu dengan memulakan pemanduan dengan perlahan (tidak terus memecut). Jika anda dapat melatih kereta anda setiap pagi begitu, InsyaAllah kereta anda membiasakan dirinya dan tidak semput lagi. Macam cerita 'White Dog'. (Kalau x tengok pun tak per)

Selain kita dapat mengurangkan pencemaran alam, kita juga dapat menjimatkan minyak. kalau kita memanaskan enjin 10 minit. Mungkin kita menggunakan minyak hanya 10 titik, tapi jika berjuta orang... sendiri mau ingat (pinjam kata Nabil). Bukankah ini satu pembaziran!!

Oleh itu mari kita berubah. Jangan jadi orang lame umNO yang tak mau berubah. Nak yang lame juge. Bezanya umNO melibatkan aqidah, yang ini untuk mengurangkan pencemaran bumi kita. Bukankah ini juga satu tanggungjawab..... Semoga boleh berubah.

ps : 1o titikminyak pun... kena bayor juga.

Wednesday, July 1, 2009

Yuran Sekolah : 1 Malaysia Kena Tipu.

Pagi tadi anak aku nak ke sekolah minta yuran. Sekolah menengah minta RM 70.00 dan yang sekolah rendah minta RM18.00.
"Yuran. Kan ke tak payah bayar yuran," kata aku, buat-buat tak tau.
"Kena ayah. Ada ayah.. ada surat dari sekolah." jawab anak aku.

Sebenarnya memang aku dah baca surat tu. Bayar yuran ni.. dari dulu aku dah bayar. Bila Tok Hisyam kata tak payah bayar pun.. aku bukan nak percaya sangat. Menteri umNO BN memang suka menipu. Bila musim P'Raya..semuanya manis mulut, sanggup berujan berembun. Kat Manek Urai..sanggup pegi motong getah.

Berbalik pasal yuran. Pihak sekolah terpaksa berdepan dengan ibu bapa. Buang masa dan tenaga untuk "backup" Kementerian Pelajaran. Menterinya pun dah pindah. Menteri sekarang (Tan Seri Muhyidin Yasin)terpaksa memikul beban yang ditinggalkan. Memang dia orang nak pekena dia kot.. Apahal pun 1 Malaysia kena klentong pasal yuran..

ps: kecuali Pak Hasyim...