Perkara biasa yang kita lakukan diwaktu pagi. Start enjin kereta. Dimanakah kita dapat ilmu ini ? Tiada sebarang manual kereta yang menyuruh kita berbuat demikian. Inilah satu ilmu yang kita warisi turun temurun. Amalan biasa ini , mesti kita berhentikan. Setiap pagi, beribu-ribu atau berjuta orang akan melepaskan CO2 dengan program memanaskan enjin setiap pagi.
Memang betul enjin kereta akan semput jika terus dibawa. Ada cara untuk mengatasinya, iaitu dengan memulakan pemanduan dengan perlahan (tidak terus memecut). Jika anda dapat melatih kereta anda setiap pagi begitu, InsyaAllah kereta anda membiasakan dirinya dan tidak semput lagi. Macam cerita 'White Dog'. (Kalau x tengok pun tak per)
Selain kita dapat mengurangkan pencemaran alam, kita juga dapat menjimatkan minyak. kalau kita memanaskan enjin 10 minit. Mungkin kita menggunakan minyak hanya 10 titik, tapi jika berjuta orang... sendiri mau ingat (pinjam kata Nabil). Bukankah ini satu pembaziran!!
Oleh itu mari kita berubah. Jangan jadi orang lame umNO yang tak mau berubah. Nak yang lame juge. Bezanya umNO melibatkan aqidah, yang ini untuk mengurangkan pencemaran bumi kita. Bukankah ini juga satu tanggungjawab..... Semoga boleh berubah.
ps : 1o titikminyak pun... kena bayor juga.
No comments:
Post a Comment