Saturday, July 4, 2009

Markas Polis : Gangguan di Manek Urai.


Orang ramai merungut bekalan elektrik di Manek Urai dan Laloh sering terganggu sehari dua ini.

Kata mereka gangguan tersebut kemungkinan berpunca daripada penggunaan alat penghawa dingin di markas sementara polis yang mulai digunakan sekarang.

Gangguan bekalan elektrik berlaku semalam mulai jam 5 petang sehingga 7.30 malam. Biar pun kaunter aduan Tenaga Nasional Bhd dibina di kampung Manek Urai Baru, nampaknya masalah gangguan bekalan elektrik masih berlaku.

ps :Kalau ceramah PR.. polis tak beri permit kerana menganggu ketenteraman awam. Yang ini pun kira ganggu juga. Tak payah pasang aircorn. Baru nampak lasak sikit...

No comments:

Post a Comment