Thursday, August 19, 2010

LGE - Bonus Raye



Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.

SB : Perak camne Yeop...

Monday, June 14, 2010


KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.

Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.

"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.

Sebelum timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 9.00 pagi esok di Surau Taman Melewar.

SB : Al FAtihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Main bola dan Main Judi


Mega-konglomerat Berjaya Corporation terus berusaha untuk menutup mulut pengkritiknya, dengan sekali lagi menegaskan bahawa ia telah mendapat kelulusan kerajaan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan secara sah.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu mempertahankan pengumumannya kepada bursa pada 12 Mei lalu mengenai cadangannya untuk mengambil alih 70 peratus pegangan dalam Ascot Sports Sdn Bhd - syarikat yang mempunyai lesen pertaruhan tersebut - bernilai RM525 juta.

SB : Wow!!! 525 juta dirham. Kerajaan mana tu..
KAPAL kargo milik Israel yang dibenarkan untuk berlabuh di Pelabuhan Klang bagi tujuan perdagangan telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati banyak pihak berikutan kekejaman rejim Zionis itu terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei lalu.

Perkara mengenai kapal-kapal itu didedahkan baru-baru ini, malah disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

SB: umNO...UPCO.... UPNO. Lulus judi bola.

umNO dan Biawak

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana tidak mahu menanggung "biawak hidup" dan yakin tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

Berucap sewaktu penangguhan Muktamar Tahunan kali ke-56 di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini, beliau juga berkata, Umno juga telah rosak akibat amalan rasuah yang berleluasa diamalkan mereka.

"Kita menolak perpaduan dengan Umno. Perpaduan menanggung biawak hidup, menyanjung rasuah," katanya.

Keburukan Umno juga katanya turut diakui bekas pemimpin mereka sendiri yang melihat Umno sudah tiada masa depan.

SB : Biawak pun ada prinsip ma...

TGNA : Bagi Tau umNO

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, bagi menjayakan perjuangan Islam, umat Islam masih perlu bergantung kepada masyarakat bukan Islam bagi menjayakannya.

Katanya, Nabi Muhammad - yang diibaratkannya sebagai "pemandu pertama" ajaran Islam - juga melakukannya pada zaman awal penyebaran agama Islam, termasuk mendapatkan perlindungan daripada bapa saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama itu.

Mengaitkannya dengan politik semasa di mana PAS bergabung bersama parti bukan Islam seperti DAP, Nik Aziz berkata, tahaluf atau kerjasama politiknya dalam Pakatan Rakyat mengambil iktibar daripada sunah Rasulullah itu.

"Bagaimana hendak bawa Islam kalau timbul lagi isu tahaluf (kerjasama), dulu dengan Semangat 46, sekarang ini dengan DAP? (Hendak) marah kita kawan dengan DAP.

"Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan 'rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan mursyidul am dalam muktamar PAS ke-56 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa petang ini.

Dalam perjanjian Hudaibiah antara Nabi Muhammad dan kafir Quraish, baginda terpaksa menggugurkan perkataan "rasulullah" sebagai gandingan namanya kerana bagi menjayakan 'gencatan senjata' dengan golongan itu.

Walaupun ditentang banyak sahabatnya, tindakan itu akhirnya membawa banyak faedah kepada kerajaan Islam yang baru bertapak di Madinah ketika itu.

Friday, May 28, 2010

ADUN PAS vs ADUN amNO@APCO

ADUN UMNO:
1. Rawi Abdul Hamid (SPM)
2.Ir. Nawawi Ahmad (Ijazah Kejuteraan)
3.Abu Hassan Sarif (SRP)
4.Ahmad Zaini Japar (SPM)
5.Saad Man (SPM)
6.Syed Sobri Syed Hashim (SPM)
7.Mahdzir Khalid (M.A. Pendidikan)
8.Ahmad Bashah Md Hanipah (SRP)
9.Suraya Yaacob (Ijazah Undang-undang)
10.Ku Rahman Ku Ismail (MBA)
11.Tajuddin Abdullah (SRP)
12.Azmi Che Hussein (Sijil Pendidikan)

ADUN PAS:
Speaker: Dr Abd Isa Ismail (PhD Pengajian Islam)
1 YAB Azizan Abdul Razak (Master in Law)
2.Abdul Ghani Ahmad (Master Pengajian Islam)
3.Ahmad Izzat Shauki (Master Pengajian Usuludin)
4.Md Roshidi Osman (Master Pengajian Islam)
5.Dr ismail Salleh (Ijazah Perubatan)
6.Ir Amiruddin Hamzah (Ijazah Kejuteraan)
7.Mohd Nasir Mustafa (Sijil Tinggi Agama)
8.Ir Pahrolrazi Mohd Nawai (Ijazah Kejuteraan)
9.Mohamed Taulan Mat Rasul (Ijazah Undang-undang)
10.Yahaya Abdullah (Ijazah Pengajian Islam)
11.Dr Hamdan Mohamed Khalib (Ijazah Perubatan)

SB : Apa pun AKHLAK lebih diutamakan... Kalau Lulus tinggi macam Jamil Khir tu.. tapi judi pun boleh.. Tak Yah Ler...

Sunday, April 25, 2010

KISAH 25.4.

Pada 25.4.1995, aku sibuk dengan tugas-tugas di Bilik Gerakan UPU Gunung Mesah, DUN Tualang Sekah kerana berlangsung pegudian bagi PRU 9.

Masa tu waktu subuh isteriku bagi tau, dia nak bersalin. Tapi...aku terpaksa tunggu sahabat-sahabat aku datang untuk urusan fail PACA.

7.30 baru sahabat datang, selesai pengagihan kerja dan taklimat, aku pun pecut kete Volvo (Ust Fuad) untuk ke hospital Ipoh.

Aku nampak semua lampu hijau...masa Ferari pun tak boleh ligan kete aku. isteri aku kata dia nak bersalin sangat. Aku cakap tunggu "sat ..." Doa dalam hati, "Ya Allah jangan la bersalin dalam kete." Kalau beranak juga terpaksa aku bubuh nama anak aku Nur Kereta.

Pergh!!... Alhamdulillah sempat sampai hospital. Aku kata cepat kat misi, bini aku nak terbesalin.. Lepas tu aku tunggu sampaikul 10 masih tak kuar bilik bersalin.
Aku tanya misi tu... "bini aku dah terbesalin ke?"

Misi tu cek.."Dah. Dah lama dah.. sekarang ada kat wad, bilik...". La.. aku tunggu punya le lama, rupanya dah bersalin. Lepas tu aku, naik jumpa bini dan anak aku untuk urusan bayi baru lahir.. Lepas tu aku pegi SK Gunung Panjang untuk mengundi...

Sekarang umur anak aku nak 15 Tahun, Tarikh yang sama tahun yang berlainan 25.4.2010 ada lagi satu Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor... mengingatkan aku kisah lama cuma dulu anak aku nangis je... Hari ni anak aku menuntut hadiah hari jadinya...

SB : Hadiah hari jadi aku minta tawaquf dulu... sibuk pilihan raya...Bini aku kata anak aku nak jadi ahli politik ke...dia jawab..uhu.

KRONOGI PENGUNDIAN DI HULU SELANGOR

6.00 pm : Peratus keseluruhan keluar mengundi adalah 75.87 peratus iaitu seramai 48,935 pengundi.

5.00 pm : Proses pengundian tamat. Semua pusat pembuangan undi ditutup.

4.30 pm : Ketua petugas Pakatan Rakyat di Sek Ren. JK (C) Khing Ming membahagikan petugas kepada 5 kumpulan.

Mereka masing-masing ditugaskan menjaga pintu masuk ke pusat mengundi bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku di saat-saat akhir waktu pengundian.

4.20 pm : Sehingga jam 4 petang, 73.82 peratus atau 47,615 sudah selesai menunaikan tanggungjawab keluar mengundi.

4.15 pm : Jam terakhir waktu pengundian, beberapa pengundi kaum Cina dilihat masuk ke tempat pengundian di Sek Ren. JK (C) Khing Ming

4.00 pm : Di Sek Ren. JK (C) Khing Ming, FRU menyekat laluan utama masuk ke tempat mengundi namun dibantah petugas PKR.

FRU kemudiaanya membuka kembali laluan.

3.40 pm : Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin ditahan selepas membuat laporan polis bahawa beliau diserang dengan parang oleh penyokong BN.

Kini masih di balai polis serendah.

Beliau tengah hari tadi diserang dengan sebilah parang selepas beliau melawat pusat pengundian di Felda Sungai Buaya.

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengahari selepas beliau dan beberapa petugas keluar dari pusat pengundian di tempat tersebut.

3.30 pm : Lagi SMS kemenangan kepada Zaid tersebar. Kini maklumat yang didakwa diperoleh dari risikan tentera.

SMS itu mendakwa Zaid akan terus mendahului Kamalanathan sekiranya tren keluar mengundi perlahan atau normal sehingga jam 5 petang.

SMS itu juga mendakwa Zaid mungkin mendapat majoriti 3,725 undi dengan pecahan undi Melayu 55 peratus, Cina 75 Peratus dan India 60 Peratus.

Kebanyakan undi yang diperolehi Zaid dakwa SMS itu adalah dari peneroka selepas MB Selangor semalam mengumumkan Zaid mengetuai Task force menyelesaikan isu hak milik tanah.

Bagaimanapun belum ada pihak yang berani mengesahkan perkara tersebut.

3.25 pm : Peratus keluar mengundi hingga jam 3 petang adalah 67.18 peratus bersamaan 43,333 pengundi.

3.00 pm : Seorang budak Iskandar Hanafiah, 12 tahun mengaku dibayar RM2 untuk membawa bendera BN dengan basikal bersama rakan-rakannya.

"Umno bagi RM2 sahaja, yang lain Umno dia masih belum bayar lagi," katanya kepada wartawan Harakahdaily.

2.45 pm : Di Sek. Keb Taman Bunga Raya (1), keadaan pengundi yang datang mula lengang kembali.

Penyelia pusat mengundi, Hamidah Nipah berkata di sini saluran 2 mencatat bilangan pengundi paling tinggi iaitu 263 dari keseluhan jumlah pengundi 940.

2.35 pm : Peratus keluar mengundi sehingga jam 2 petang adalah 63.74 peratus iaitu 41,112 pengundi.

1.45 pm : Sekali lagi pergaduhan hampir berlaku antara sukarelawan India dari Pakatan Rakyat dengan petugas India BN ekoran berebut memberi perkhidmatan kepada para pengundi India di SJK (T) Sungai Choh.

1.40 pm : Di Pusat Pembuangan undi SJK (T) Sungai Choh, Taman Bukit Teratai- Panyokong Pakatan semakin ramai menjelang sesi pengundian sebelah petang.

Sukarelawan PKR yang bertugas dibarong panas meluahkan rasa yakin, Zaid mendahului melihat kepada sambutan pengundi yang datang ke barong PKR sejak pagi tadi berbanding barong BN.

Dari 1,410 pengundi berdaftar di sini, kurang 100 pengundi sahaja lagi yang belum menunaikan tanggungjawab.

1.30 pm : Peratus keluar mengundi adalah 56.82 peratus atau 36,650 pengundi.

1.00 pm : Kekecohan berlaku, kini di Sek. Keb. Sg. Rasa. Bermula apabila penyokong BN merentap bendera Keadilan selepas tidak berpuas hati dengan sorakan penyokong Pakatan Rakyat.

Pergaduhan kecil juga berlaku, namun suasana bagaimanapun kembali tenang selepas dileraikan pihak polis.

12.50 pm : Norasyikin Zakaria, 35, antara pengundi terawal pagi tadi memaklumkan berlaku kekecohan di tempat beliau mengundi di Sek Keb Bandar Baru Batang Kali, selepas seorang pengundi sebelumnya tidak berpuas hati kerana namanya hilang dari buku daftar pemilih.

Dalam semakan online sebelum itu, pengundi itu mendakwa namanya ada ada dalam daftar pemilih.

Dia kemudian berang, apabila aduannya didakwa tidak dilayan petugas SPR.

12.40 pm : Di Sek. Keb. Serendah, petugas sukarelawan PKR sangsi dengan penempatan berpuluh FRU dan anggota Polis di sini kerana sejak pagi tadi tiada suasana tegang tercetus di sini.

Mereka mendakwa kemungkinan kawalan ketat tersebut mempunyai agenda tertentu

12. 20 pm : Ketua AKM Selangor, Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin ketika mengulas peratus sedikit keluar mengundi sebelah pagi berkata "Ini mungkin protes senyap orang Melayu kepada Kamalanathan (calon BN)".

12.10 pm : Sehingga jam 12 tengahari ini, 49.4 peratus atau 31,632 sudah keluar mengundi.

12.00 pm : Penyokong BN mula mempamer aksi lucah kepada penyokong PR di Sek. Men. Ampang Pecah. Mereka saling berbalas sorakan. Keadaan masih terkawal.

11.55 am : Suasana sekali lagi tegang di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Kedua-dua penyokong saling berbalas sorakan.

Pergaduhan hampir tercetus ekoran jarak kedua-dua penyokong hanya sebelah menyebelah.

11.45 am : P Kamalanathan tiba Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Baru. Beliau diusung penyokong BN tetapi disambut dengan laungan 'Apco' dan 'yahudi' oleh penyokong Pakatan Rakyat.

11. 30 am : Pelbagai spekulasi mula tersebar melalui khidmat pesanan ringkas SMS mendakwa PKR bakal menang besar.

Ada yang mendakwa PKR akan menang besar berdasarkan maklumat briged Welsh, pemimpin Umno didakwa sudah beransur ansur meninggalkan Hulu Selangor.

Manakala ada juga SMS mengatakan PKR akan tewas jika hanya 60 peratus sahaja pengundi keluar mengundi. Namun jika Peratus keluar mengundi lebih 61 peratus, PKR dijangka menang besar.

11.25 am : SPR memaklumkan Peratus keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi adalah 24,645 iaitu 38.21 peratus.

11.20 am : Di Sek. Keb. Ulu Yam Baru- Pemuda BN dilihat mendominasi keadaan. Gelagat sorakan mereka hanya diperhatikan penyokong Pakatan rakyat

11.15 am: Sukarelawan PKR, Maznah Abdul Aziz, 59 mendakwa seramai empat pengundi kaum Tionghua di Sek. Keb. Batang kali Baru terkejut apabila dimaklumkan SPR bahawa nama mereka masing-masing telah dipindahkan ke Parlimen Kepong.

11.10 am : Datuk Zaid Ibrahim tiba di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Beliau bagaimanapun hanya meninjau dari kenderaan yang dinaikinya akibat jalan terlalu sesak.

Beliau bagaimanapun sempat bertanya khabar pengundi yang datang membuang undi dan bersalam dengan penyokong yang berbaris di tepi jalan.

11.05 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah-Penyokong PR terus berlawan sorak dengan penyokong BN. Di sebelah PR, mereka melaungkan " enjin jet hilang...BN, curi pasir...BN" manakala di sebelah BN mereka hanya membalas " dua tahun perintah tak buat apa-apa".

Biarpun berbalas sorakan, keadaan masih terkawal dengan beberpa anggota keselamatan dihat cuba menenangkan penyokong dari kedua belah pihak.

11. 00 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Berlaku sedikit kekecohan apabila pihak polis tidak membenarkan petugas media termasuk wartawan dan jurugambar masuk ke kawasan pembuangan undi biarpun mempunyai pas SPR.

10.45 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Kekecohan berlaku antara penyokong kedua-dua pihak. Mereka pada mulanya salang berbalas sorakan sehingga membawa kepada perang mulut yang hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.

Beberapa anggota polis dilihat berkawal ditengah-tengah kedua-dua penyokong.

10: 40 am: Pemimpin Pakatan Rakyat bersama penyokong sedang giat menjalankan tugas meraih undi di Sek. Men Batang Kali Baru.

Zaid Ibrahim dijangka tiba di sini sedikit masa lagi. Para wartawan sedang berkumpul di sini difahamkan mahu bertemu dengan Timbalan Pengerusi SPR berhubung isu jumlah pengundi Kampung Tanjong yang sebelum ini sebahagian besar dipindahkan ke Selayang.

10.35 am : Di Sek. Keb. Bukit Rasa- Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut laungan 'Yahudi', 'Israel', 'Umno Israel' dan 'rasuah' oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Jumlah keluar mengundi di sini seramai 366 orang setakat jam 10 pagi ini.

10:30 am : Menurut SPR, sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 16,932 atau 26.25 peratus sudah keluar mengundi.

10.23 am : Di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu-Sekumpulan petugas SPR mengarahkan pondok panas yang didirikan kedua dua parti bertanding berdekatan pusat membuang undi dialihkan.

Penyokong bagaimanapun dilihat akur dengan arahan tersebut, dan beramai ramai mengusung khemah yang dijadikan pondok panas dan dialihkan ke kasawan lain.

10.20 am : Tercetus kekecohan apabila Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Salleh sampai di sini.

Sekumpulan penyokong BN menolak beliau sehingga hampir jatuh.

Dua remaja dari pihak masing-masing hampir bertumbuk tetapi sempat ditenangkan pihak Polis

10: 17 am : Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali. suasana mula hingar bingar mula berlaku ekoran saling berbalas sorakan oleh kedua-dua belah pihak penyokong.

Para wartawan berkumpul di sini sekoran menunggu ketibaan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

10:15 am: 4 buah tarak FRU lagi dilihat tiba di sini menjadikan jumlah keseluruhan 9 buah.

10.00 am : 5 buah trak FRU penunh dengan anggota tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu untuk megawal sebarang kemungkinan. Suasana bagaimanapun masih terkawal manakala lalu lintas masih bergerak perlahan.

9.50 am : Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim akan memulakan sesi lawatan ke pusat mengundi di Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali jam 10.00 pagi ini.

9.40 am : Pimpinan PAS Kelantan termasuk Exco kerajaan YB Baihaqi Atiqullah serta Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama penyokong Pakatan merayu undi di Sek. Keb. Batang Kali.

Sekumpulan remaja lelaki membuat aksi 'wheely' sambil mengibar bendera BN dihadapan pemimpin dan penyokong pakatan.

9.30 am : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu meninjau suasana pengundian.

Beliau disambut penyokong dan juga pengundi di kawasan berkenaan.

Sehingga kini, hanya penyokong Pakatan Rakyat sahaja berbaris di tepi jalan menuju ke pusat pengundian di sini manakala penyokong BN masih belum kelihatan.

9.27 am: Sekumpulan pemuda Pakatan Rakyat sedang berbalas sorakan dengan puteri Umno dan pemuda BN di Sek. Keb. Batang Kali.

Pemuda PR melaungkan 'tutup aurat' dan dibalas sorakan oleh pemuda BN.

9.25 am : Exco Selangor, Rodziah Ismail bertemu pengundi di Sek. Keb. Batang Kali.

9.20 am : Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming meninjau suasana.

9.15 am : Penyokong Pakatan Rakyat dan BN sedang hangat berbalas sorakan di sepanjang jalan Sek. Keb Batang Kali. Jalan pada waktu ini penuh sesak.

Para pengundi dilihat mula ramai datang dan masuk ke kawasan pusat mengundi.

9.00 am : Jalan menghubung pekan-pekan utama di Hulu Selangor kini sesak dengan kenderaan.

Kenderaan dari jalan Kuala Kubu menuju ke Batang Kali juga kini dilaporkan tidak bergerak akibat kesesakan.

8.50 am: Di pusat pengundian Sek. Ren J.K.C Khing Ming, kawasan pengundi Cina, keadaan juga masih lagi lengang.

Peyokong Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP berbaris di sepanjang jalan membawa bendera dan poster calon.

Hadir sama, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu. Penyokong BN bagaimanapun tidak kelihatan.

8.30 am : Didapati suasana pengundian sehingga jam 8.30 pagi ini masih belum rancak. Kehadiran pengundi masih lengang di kebanyakan pusat mengundi.

8.20 am : Sekumpulan penyokong BN dipercayai pemuda lasak Umno mula menunjukkan aksi nakal kepada penyokong PR di Sek Keb Bukit Sentosa. Keadaan bagaimanapun masih lagi terkawal.

8.15 am : Difahamkan jam 5 pg tadi, pemuda AMK menahan sebuah bas yang didakwa membawa pengundi hantu berdekatan IKBN Ampang Pecah. Mereka kemudiannya dikepong oleh sekumpulan pemuda lain namun berjaya dikawal pihak keselamatan.

8.05 am : Di Sek Keb. Rasa, Para petugas dari PAS dan Keadlilan memulakan tugas di barung dan tepi jalan dengan mengibarkan bendera parti dan poster calon.

8.00 am : Proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka tepat jam 8.00 pagi.

Friday, April 23, 2010

Bahaya 2 Ekor Terlepas Dari Zoo Taiping!!!



Tangkap..
Dakwa...
Lompat..
Dakwa..
Lepas.....hehehe..


Itulah adegan 2 ekor katak di Zoo Taiping.

Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini membebaskan dua bekas anggota exco kerajaan negeri Perak (Jamaludin dan Osman Jailu) dan tiga individu lain (sedekah seks) berhubung dakwaan rasuah tanpa dipanggil bagi membela diri.

SB : Kusangka anak ikan rupanya brudu....

Tuesday, April 13, 2010

Hidayah untuk orang yang mahu menerimanya.



SEORANG bintang bola sepak Marlon King telah masuk Islam di penjara. Di penjara dia berkenalan dengan Abu Hamza, pengilang di Britian, terkenal sebagai Ulama Islam asas dan radikal. Mantan striker Liga Premier ini telah masuk Islam juga melalui bimbingan Muslim lainnya.Mantan striker ini dipenjara setelah ia menganiaya seorang gadis dan memecahkan hidungnya.

Marlon King, 29 tahun, sekarang meminta teman-temannya yang lain memanggilnya dengan nama Abu Hamza Tariq. Dia menjalankan sholat lima kali sehari, menuntut daging 'Halal' di penjara dan hanya akan berbincang dengan rakan Muslim.

King, yang bermain untuk Kelab Wigan, juga telah memulai diskusi tentang serangan Sept.11 di New York dan perang di Afghanistan. Staf dan rakan di HMP Wayland, dekat Thetford, Norfolk, merasa hairan dengan tingkah lakunya.

Marlon mengatakan akan mengubah keluarganya kepada Islam, jika dia keluar dari penjara akhir tahun ini.

"Ini bukan sementara.. Itu perubahan gaya hidup total. Marlon juga membaca buku-buku tentang Islam selama berjam-jam di selnya."

King atau sekarang Abu Hamza Tariq dipenjarakan selama 18 bulan sejak Oktober lalu kerana melakukan penyerangan seksual terhadap Emily Carr, 20 tahun di Soho Revue Bar, London. King, yang sekarang mulai memakai serban, mengatakan dia akan menyumbangkan £25,000 kepada orang-orang Afghanistan untuk membantu mereka mengatasi dampak masalah konflik.

Selamat menerima Hidayah, semoga istiqomah dalam agama ini.

SB:Ada orang yang lahir dalam keluarga Islam, tetapi Jahil tentang Islam. Mereka mengatakan Islam tidak boleh dilaksanakan tetapi yang sebenarnya mereka tidak mahu melaksanakannya.

Friday, March 26, 2010

Alhamdulillah, tak macam...


BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP

Friday, March 12, 2010

Tumpang Sekaki

Align Center
Alhamdulillah, aku yang dok di Perak ni tumpang sekaki doa Tok Guru dan Rakyat Kelantan yang menunaikan solat Istiqa'. Dimaklumkan bahawa sebaik sahaja Tok Guru memulakan sembahyang, hujan mulai turun.

Aku kat sini, pagi tadi nampak gelap, lepas Jumaat hujan turun. Syukur kepada Allah. Al Quran menceritakan (Surah Ar Rum 41) bahawa kerosakkan atas muka bumi ini adalah disebabkan oleh tangan manusia.

Walaupun ramai manusia mengatakan mereka dipihak yang betul tetapi hakim yang sebenar penentu kebenaran adalah Al Quran dan Hadith Nabi SAW. Oleh itu marilah kita kembali kepada Al Quran dan Hadith secara keseluruhannya.

Nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran. Menghidup, menghadiri dan mempelajari ilmu yang benar sumbernya terutama yang berkaitan dengan Aqidah. Semoga kita di selamat daripada azab Allah di dunia dan di Akhirat dengan petunjuknya. Amin.

Wednesday, February 17, 2010

3.5 Billion untuk Adik , 7 Juta untk Cenang

Langkawi - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan segera RM7 juta bagi pembinaan sebuah jeti nelayan di Kampung Sungai Cenang di Langkawi yang pernah dilanda Tsunami pada 2004.-Bernama

SB: Malaysian Business mengumumkan Nazir Razak, adik kepada Najib sebagai orang yang ke-40 terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai lebih AS$100 juta . Syarikat kewangan CIMB yang diterajui Nazir pernah menerima bantuan kerajaan sebanyak RM3.5 bilion pada Oktober 2008 ketika Najib menjadi Menteri Kewangan. Teringat aku cerita "Nujum Pak Belalang" cara Sudin dan Aziz bebagi duit...

Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian : Sekarang Baru Tahu

SUNGAI PETANI- Bekas ketua Wanita Umno bahagian Sungai Petani, Khalijah L.Ali, 73, hari ini merayu bantuan orang ramai membiayai kos rawatan anaknya, Zainurdin Awang Hashim, 39, yang menderita sakit buah pinggang.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Berapit, Tikam Batu di sini Khalijah berkata, wang simpanannya sebagai guru Kemas sejak sekian lama telah habis diguna untuk membiayai kos rawatan anaknya itu yang terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu di sebuah pusat rawatan swasta yang mencecah RM3,000 sebulan.

Khalijah juga berkata, beliau kini tidak mempunyai sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada pendapatan seorang anak perempuan yang tidak seberapa untuk menampung keperluan hidup seharian.

Beliau yang pernah mempimpin Wanita Umno bahagian Sungai Petani sejak awal tahun 1970 hingga tahun 1980 kini sukar untuk berjalan kerana sakit di bahagian tulang belakang . -Sinar Harian.

SB : Dulu zaman Che Det sokong Hospital di swastakan. Konon nak kayakan Melayu. La ni anak Mahathir tersenarai nombor 20 terkaya di Malaysia. Adik Najib No.40 terkaya. Dia ada paduli ka ? UMNO tipu UMNO , 1 Malaya susah.

Monday, February 1, 2010

Pemimin Cap Ayam

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa mengakui wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu, termasuk ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Menurut Anwar lagi , usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis dan juga pemimpin Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.

Ini bermakna usaha itu berjalan, cara merasuah dan menyogok parti itu ada. Sebab itu saya minta Azan (kanan) ada di sini sendiri untuk mengesahkan Huan (Cheng Guan) daripada Parti Cinta Malaysia dan Datuk Jamaludin Jarjis itu hubungi beliau,

Menurut Azan pula, beliau tidak akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menganggap pelawaan itu dibuat atas dasar "kawan baik."

SB : Babi Negara nak cukupkan korum 2/3 parlimen untuk persempadan semula kawasan pilihanraya... siapa agaknya akan jadi MP cap ayam..

Saturday, January 16, 2010

Kesan Pemerintahan Ulama

KOTA BHARU, 15 Jan: Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali. Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.

Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.

Monday, January 11, 2010

DS Ir Hj Nizar dah start ceramah.


Semua orang tahu, MB Perak yang sah kemalangan. 2 hari dok hospital.Petang tadi baru balik hospital. Malam ni dah berceramah di Taman Seri Raya. kat kampung teman. Hebat.. ceramah macam biasa. Tak cerita pun pasal dia kemalangan melainkan menggasak umNo dengan lorat Rawa. (bahasa orang Gopeng) Malu rasa teman, teman ni kalau sakit sikit akan jadi alasan untuk tak buat kerja jemaah. Kalau xcdent macam tu, tak tau le...

SB : Semangat yang ditunjukkan Hj Nizar... akan menguatkan orang Perak menumbangkan BN..

Sunday, January 10, 2010

Puak Pengacau..

IPOH, 10 Jan: Dewan Pemuda PAS Perak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan bom api ke Gereja All Saints dan Gereja Saint Louis, dekat Taiping awal pagi ini.

Sehubungan itu, setiausahanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss meminta pihak berkuasa melakukan penyiasatan segera terhadap tindakan yang melampau itu.

"Pemuda PAS Perak berharap rakyat bertenang dalam menghadapi situasi seperti ini," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily tengah hari ini semasa dalam perjalanan melawat tempat kejadian.

"Justeru, Pemuda PAS Perak mengharapkan segala langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini diambil dengan secepat mungkin dengan mengambil kira semua aspek," ujarnya lagi.

Siang tadi Pemuda PAS Perak mengadakan lawatan ke dua-dua tempat kejadian bagi melihat sendiri keadaan.

SB : Tak der keroje.. puak-puak ni, kira nak buat kecoh je...Tahniah pemuda PAS, tunjukkan Islam itu adil.

Saturday, January 9, 2010

ALHAMDULILLAH DAPAT ANAK KEMBAR.


Tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraan melainkan ucapan Alhamdulillah, apabila disaat akhir doktor mengatakan bahawa anak yang dalam kandungan adalah kembar. Walaupun agak kelam kabut kerana persiapan untuk baby hanya seorang kini jadi dua orang. Apapun semuanya terubat apabila anak yang dilahirkan selamat bersama ibunya. Sekali lagi Alhamdulillah.

SB: Ini bukan anak aku, tapi anak jiran sebelah aku. Cg Yus.(Penyelaras PKG Gopeng) Aku juga ucap Alhamdulillah dapat berjiran baby kembar... bapanya tengah penin cari nama. Siapa apa cadangan boleh bagi...

umNO dan undang-undang ALLAH

Sepatutnya tiada yang ganjil penggunaan nama Allah sebagai Tuhan sekalian Alam. Setiap hari umat Islam wajib membaca "Alhamdulillahirabbilalamin" iaitu ayat dalam al Fatihah sebagai salah satu rukun Qauli dalam sembahyang. Umat Islam mengaku bahawa Allah adalah Tuhan bagi Sekalian Alam. Alam tentulah bukan orang Islam sahaja tetapi semua makhluk yang ada di bumi dan di langit dan diantaranya.

Peliknya umNo beriya-iya mempertahankan isu ini, sedangkan undang-undang yang Allah suruh laksanakan ditolak dan digantikan dengan undang-undang yang disediakan oleh orang yang beragama Kristian (Lord Reid).

Hisyamudin (Menteri KDN) sanggup menggunakan ISA untuk menyelesaikan masalah ini. AlHusseyn telah menyenaraikan nama yang sepatutnya ditangkap. Walaupun aku tak setuju dengan ISA untuk mereka, tetapi AlHusseyn mempunyai bukti yang kukuh.

Hamidah Osman pula menggunakan blognya untuk mengutuk PAS dan menyiarkan gambar Khalid Samad sebagai paderi yang memakai lambang PAS. Tiada satu hujah ayat Quran dan petikan Hadith Nabi Muhammad saw yang digunakan oleh YB Sg Rapat ini, melainkan menggunakan hujah akalnya semata-mata untuk menyatukan melayu yang semakin layu untuk menyokong umNO terutamanya di Sg Rapat.

Apa yang jelas, umNo cuba lari dari masalah sebenar. Mereka menggunakan isu ini di dada akhbar untuk melupakan rakyat tentang kenaikan gula, enjin jet hilang, kes Teoh Beng Hock, PKFZ, isu kudeta di Perak, Altantuya, kes jenayah, kes buang anak dan seribu jenis masalah yang umNo tak boleh nak jawab dan selesaikan. Itulah perkara yang sebenarnya disorok dibelakang isu ini.

SB : Harap Kak Midah boleh tarik semula gambar dalam blognya.. kerana ia telah mengkafirkan orang yang tidak kafir...

Friday, January 8, 2010

AlFatihah : KC Pekan Razaki.

Pagi tadi ana terima mesej dari T.YDP Kawasan Gopen Calon N43 Sg Rapat, Sdr Radzi Zainon yang menyatakan Ayahanda Yusof bin Sam telah kembali ke Rahmatullah. Ana pun sedekahkan fatihah. Memang ayahanda, orang yang sentiasa riang. Ziarah kat hospital ari tu pun, dia bagi tau dah sakit ni "cancel" nak pasang dua. Dia cakap dekat ana depan anak-anaknya. Ana tau dia melawak.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Sg Rokam. Sebelum tu kat rumah YB Chang Ming Kai pun ada. Kat mesjid PJ, SU dan Bendehari PAS Neg Pk pun ada. Jasa ayahanda sangat besar dalam mengembang dan membantu PAS Kawasan Gopeng dan ada menyumbang untuk bangunan Pej PAS Perak. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT. Amin. Al Fatihah.

Saturday, January 2, 2010

Pemuda umNo buat Lawak Awal Tahun 2010

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini membantah kenaikan harga gula yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam.

Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dalam satu kenyataan media menegaskan perkara ini tidak patut berlaku walaupun kenaikan sekadar 20 sen ia tetap memberi impak negatif serta kesengsaraan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Di saat dunia menjangkakan ekonomi akan beransur pulih, rakyat dikejutkan dengan kenaikan mendadak ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, Pemuda Umno berharap kenaikan harga gula dapat dibatalkan atau ditangguhkan demi menghayati konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan-mStar.

SB :"Adus... besarrr punya lawak"

Friday, January 1, 2010

Gula-Gula BN untuk Gulakan Rakyat.

Kerajaan BN menepati janjinya tidak menaikkan harga gula sebelum 2010 seperti kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan Datuk Seri Ismail Sabri seperti dilaporkan BERNAMA.

HARGA GULA TIDAK NAIK , BEKALAN DIJAMIN CUKUP – ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR, 2 0gos (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bekalan gula di negara ini mencukupi serta tiada kenaikan harga akan berlaku sehingga akhir tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengingatkan peniaga agar tidak menyorokkan bekalan gula untuk meraih perhatian kerajaan bagi menaikkan harga gula.

Berita Hairan pula melaporkan :

18 Jan – KERAJAAN TAMBAH SUBSIDI ELAK HARGA GULA NAIK – berita hairan

KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin membatalkan hasrat menaikkan harga gula berikutan langkah terbarunya untuk menambah pemberian subsidi sebagai alternatif bagi menampan kenaikan harga barang keperluan berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata langkah menambah subsidi itu antara cadangan utama yang diteliti secara serius kementeriannya sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

Hari ini 1.1.2010 Gula dinaikkan setelah kerajaan berjanji tidak menaikkan harga gula hanya untuk Tahun 2009 sahaja.

GULA NAIK 20 SEN MULAI ESOK.(Berita Hairan)

Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram.

Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak.

SB : Rakyat telah digula-gulakan oleh Kerajaan BN dengan slogan dan hiburan.... ekonomi teguh, pelabor datang, aman tenteram, Konsert 1 Malaysia... selok kocek... Turrr.