Friday, March 26, 2010

Alhamdulillah, tak macam...


BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP

3 comments:

  1. kat kelantan pon ada jual arak gak cikgu... apa kata klu cikgu suruh Nik Aziz buat mcm tu dulu,ulama harus jadi contoh,x gitu,
    saya nak tanya plak pendapat cikgu,apa tindakan Pas dlm isu penjualan arak di selangor? apa tndakan exco2 Pas?jgn lihat salah org je cikgu,lebih penting jika kita perbetulkan diri kita sendiri dahulu sbelum menegur org lain.

    hurm....rasanya kat kedah pon ade jual arak gak.
    saya perlukan komen daripada cikgu......

    ReplyDelete
  2. salam cikgu....
    saya sorg je ke yg lawat laman blog cikgu ni?

    ReplyDelete