Wednesday, February 17, 2010

Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian : Sekarang Baru Tahu

SUNGAI PETANI- Bekas ketua Wanita Umno bahagian Sungai Petani, Khalijah L.Ali, 73, hari ini merayu bantuan orang ramai membiayai kos rawatan anaknya, Zainurdin Awang Hashim, 39, yang menderita sakit buah pinggang.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Berapit, Tikam Batu di sini Khalijah berkata, wang simpanannya sebagai guru Kemas sejak sekian lama telah habis diguna untuk membiayai kos rawatan anaknya itu yang terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu di sebuah pusat rawatan swasta yang mencecah RM3,000 sebulan.

Khalijah juga berkata, beliau kini tidak mempunyai sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada pendapatan seorang anak perempuan yang tidak seberapa untuk menampung keperluan hidup seharian.

Beliau yang pernah mempimpin Wanita Umno bahagian Sungai Petani sejak awal tahun 1970 hingga tahun 1980 kini sukar untuk berjalan kerana sakit di bahagian tulang belakang . -Sinar Harian.

SB : Dulu zaman Che Det sokong Hospital di swastakan. Konon nak kayakan Melayu. La ni anak Mahathir tersenarai nombor 20 terkaya di Malaysia. Adik Najib No.40 terkaya. Dia ada paduli ka ? UMNO tipu UMNO , 1 Malaya susah.

2 comments:

  1. hehehe...ape punye komen.bukan semua hospital di swastakan.masih ade hospital & klinik kerajaan & tarafnya pon setanding dgn hospital swasta.org yg sakit pon nak dipolitikkan ke?bodoh punye cikgu. mcm mane blh jadi cikgu pon aku tak tau, bende mcm ni pon x blh pikir. tak kan semua cikgu mempunyai fikiran yg sempat & dangkal mcm ni?aku yg keje kerani ni pon blh pikir secara rasional & matang.

    mmg lah BN ni ade kotornya,tapi adakah PAS itu suci,maksum,bersih luar dan dlm?salah sikit,cakap semuanya salah BN,ada yg tak kene sikit,cakap semuanya salah BN.nasib baik anak yg cikgu dapat tu bukan berpunca dari BN.

    minta maaf klu bahasa saya kasar sedikit,sbb saya bukanlah org yg terpelajar seperti cikgu.saya ni kerani cabuk je,umur pon masih setahun jagung,tidak seperti cikgu.

    cikgu keluar lah dari gopeng ni,gi ngajo skolah pondok kat kelantan.

    ReplyDelete
  2. salam cikgu....

    balaslah komen saya ni. saya tggu2 jugak nasihat dari cikgu....

    ReplyDelete