Thursday, August 6, 2009

Minyak : XPDC Buktikan Pelantar Dalam Perairan Kelantan

Ekpedisi royalti minyak ke pelantar Cakrawala membuktikan bahawa pengerudian minyak itu sememangnya berlaku dalam perairan Kelantan. Ini memandangkan kedudukan pelantar minyak Cakrawala hanya 153 kilometer dari pantai Pengkalan Kubur, Kelantan. Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.


Perkara itu disahkan anggota Exco, Datuk Husam Musa yang mengetuai ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala pada 4 dan 5 Ogos itu. Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan. Kedudukannya hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.

Ekspedisi disertai seramai 60 orang termasuk wakil media diketuai oleh exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, selamat tiba di kawasan pelantar kira-kira jam 11.30 malam tadi. Anggota rombongan kemudian belayar pulang selepas membuat tinjauan selama hampir dua jam.

Turut sama dalam misi tersebut, Naib Presiden PAS, Datuk Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar, ahli-ahli parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

SB : Ngaku jelah... bayar 1 billion kat Kelantan. Kan ke umNO pejuang meLAYU...

No comments:

Post a Comment