Saturday, March 14, 2009

Merdeka Center: Rakyat Malaysia dah meluat kat AMENO.

Kajian Merdeka Center dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menunjukkan hanya 19 peratus dari responden Melayu yang mahu Umno terus memimpin negara. 99 peratus responden berbangsa Cina dan 97 peratus responden berbangsa India yang TIDAK MAHU Umno terus memimpin negara.

61 peratus berpendapat rasuah adalah masalah Umno yang paling serius manakala 13 peratus peratus berpendapat masalah kedua Umno yang paling serius ialah kegagalan parti itu memahami masalah rakyat.

Selaras dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap, lemah dan pengecut, para pengundi juga bimbang dengan "pemimpin yang lemah" dan "pentadbir ekonomi yang lemah" dalam Umno.

Dari 1,031 responden itu, 57 peratus adalah orang-orang Melayu, 31 peratus China and 12 peratus India berdasarkan tinjauan rawak.

...bye-bye BN dan ameno.


No comments:

Post a Comment