Saturday, March 28, 2009

Pemimpin UMNO: Satu Pertukaran Bukan Perubahan


UMNO melaungkan perubahan kepimpinannya. Soalnya apa yang berubah ? Rasuah yang dinamakan politik wang tetap berlaku. Malah Ketua Pemudanya yang didapati bersalah dan masih diangkat oleh perwakilan UMNO.

Memperkudakan Jabatan Kerajaan seperti polis, SPRM , menolak syariat Islam malah menggunakan Raja-Raja untuk mempertahankan UMNO masih tidak berubah.
Menganggap rakyat Malaysia sebagai orang yang tidak bermaklumat. Menyekat kebebasan bersuara (gantung harakah dan SK), menakut-nakutkan rakyat dan akta-akta yang menyekat kebebasan hak (ISA, Akta mesin cetak, AUKU) dan menyeru perkauman.
Sekali lagi APA yang BERUBAH ? Jawapanya ialah UMNO hanya BERTUKAR PEMIMPIN sahaja tapi UMNO tetap seperti dulu...TIDAK BERUBAH.

No comments:

Post a Comment