Saturday, June 6, 2009

Berita Hairan : Hadi Kena Bidas


Alhamdulillah. Itulah jawapan ana bila membaca tajuk akhbar Berita Hairan. Itulah bezanya antara ahli PAS dan ahli UMNO. Ahli PAS sedia bercakap secara tulus ikhlas, tiada bodek membodek seperti UMNO. Walaupun dipercayai berita hairan menulis berniat untuk mengelirukan, tetapi melegakan perasaan ana.. Ahli sedia menyuarakan sesuatu tanpa rasa takut, dan menyuarakannya di tempat yang betul, iaitu dimuktamar. Menegur untuk membina dan sentiasa wala' kepada pemimpin. Itulah kelebihan yang ada PAS yang digeruni oleh musuh.

Sebaliknya kita boleh melihat gelagat perwakilan UMNo. Tak cukup pagi sambung sebelah petang memuji dan membodek pemimpinnya. Walaupun pemimpinnya melakukan kesalahan demi kesalahan. Kes PKFZ, penyelewang duit Royalti Minyak, Menganjurkan maksiat, politik perkauman, PPSMI dan lagi dan lagi...

Sayidina Abu Bakr dan sayidina Omar semasa dilantik menjadi Khalifah umat Islam telah meminta umat Islam taat jika mereka benar dan membetulkannya jika sebaliknya. Ini lah pemimpin yang bertaqwa dan berjiwa besar. Inilah ciri-ciri yang terdapat dalam gerakan Islam PAS. TAKBIR!!!


No comments:

Post a Comment