Monday, June 8, 2009

Penggulungan Muktamar PAS 55 : Apa Kata Mereka











Perwakilan Dewan Pemuda - Dzulkifli Ahmad

"Kita adalah penentang-penentang Umno yang tegar dan tidak akan berkompromi dengan mereka.

"Jika ada pemimpin yang berbincang dengan Umno, mereka harus ingat bahawa Umnolah yang harus ditarik kepada PAS dan bukan kita yang pergi untuk berbincang dengan mereka," tegasnya.

Perwakilan Muslimat - YB Siti Zailah

Menegaskan pimpinan utama PAS harus mengambil inisiatif dan tindakan pro aktif untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan jangan sekali-kali menjadi 'khadam' Umno.

Siti Zailah dalam perbahasan penggulungan yang merakamkan ucapan tahniah di atas pemilihan saf kepimpinan baru berkata, dalam memilih pemimpin aspek utama yang perlu dititik beratkan ialah berteraskan ilmu, iman, takwa dan amanah.

Kelab Peyokong PAS-Vincent Lee.

"Rundingan sulit antara PAS dan Umno juga membimbangkan para penyokong masyarakat bukan Islam. Mereka dan ahli-ahli Kelab mulai bertanya, adakah PAS mula meninggalkan mereka dan seterusnya menjadikan Umno sebagai kawan setia kepada PAS?"

"Kelab Penyokong PAS ingin bergerak ke depan ,dan teruskan usaha- usahanya untuk menjadikan PAS pilihan utama atau 'the only choice' bagi rakyat Malaysia."


Perwakilan Kelantan - Cikgu Wan Abdul Rahim.
"Saya minta pimpinan tangguhkan dahulu pembinaan Kompleks PAS di Putrajaya, kita mesti lawan Umno secara berdepan dan matikan Umno dulu kerana inilah peluang kita untuk mengkuburkan Umno,"

No comments:

Post a Comment