Monday, September 7, 2009

Badar Kubra bersama Tok Guru Presiden di Perak.


Tok Guru memberikan kuliah sempena Liqa Fikr Negeri. Sesi soal jawab menghangatkan lagi suasana walaupun duduk surau berhawa dingin di Suaru Ikhlasiah, Manjoi.


Iftar Jamaei. Bendahari PAS Gopeng Tn Haji Haiyi menanti saat berbuka untuk merebut sunah. Time mesti tepat. Waktu berbuka je ke ?



Ustaz Shuaib Din, Ketua Ulamak PAS Perak memberikan kuliah Haraki. Seorang ulamak kotemperori yang cukup mantap dengan hujah al Quran dan Hadith. Beliau menyenaraikan bentuk Muslim Haraki iaitu:
1. Menjadikan nabi dan Rasul sebagai ikon (model).
2. Sentiasa bercakap benar.
3. Tiada perasaan hasad dan dengki.(jiwa bersih)
4. Seorang penasihat dan memberi pandangan yang membina.
5. Menunaikan janji termasuklah dalam menepati masa.
6. Baik akhlaknya.


Selepas solat terawih ceramah Badar Al Kubra dimulai dengan pembuka kata oleh SU Dewan (Misbahul Munir) . Kemudian ucapan aluan oleh PJ PAS Pk. Ust Abu Bakar Hussein. Selepas itu diikuti oleh MB Rakyat. DS Hj Nizar Jamaludin yang menggunakan bahasa baku perak diselang seli dengan bahasa Jerman dan Prancis. Akhir sekali Tok Guru Presiden menceritakan peristiwa Badar Besar dengan penuh terperinci dan iktibar dari peristiwa tersebut.
Bermula jam 5 ptg hingga 12mlm tersa begitu cepat berlalu. Alhamdulillah bulan Ramadhan ni aku dapat cium tangan Tok Guru Presiden. Tak silap Tahun lepas aku dapat cium tangan Mursyidul Am. Tapi aku masih cemburu kat "BOB simpang Pulai" kerana dia dapat serban Tok Guru Presiden. Jelous betul aku..... TAKBIR.

No comments:

Post a Comment