Wednesday, October 7, 2009

PR menuju Kejayaan.

Image

SHAH ALAM, 7 Okt: PAS dapat mencapai lima kata sepakat dengan DAP selepas perbincangan hampir tiga jam dan berazam akan mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ada akan kekal sepanjang zaman.

Kelima-lima keputusan itu adalah:

1) Berusaha mengelakkan percanggahan pendapat antara mereka.

2) Mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ada kekal sampai bila-bila.

3) Pertahankan kerajaan yang ada dari angkara anasir pemecahbelah perpaduan antara mereka.

4) Menyedari bahawa ada banyak ruang kerjasama antara mereka dan yakin dengan semangat setiakawan semuanya akan berjaya diselesaikan.

5) Pertemuan sebegini akan diadakan lagi selepas ini dan melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut menjadi komponen Pakatan rakyat.

PAS dan DAP Selangor memulakan mesyuarat meja bulat mereka di sebuah hotel dekat Shah Alam mulai jam 2 petang tadi.

Mesyuarat ini dihadiri oleh pemimpin kanan dari kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat itu untuk menyelesaikan perbezaan pendapat yang sering berlaku antara mereka khasnya di dalam media.

Delegasi PAS dipimpin oleh Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hassan Ali manakala DAP dipimpin oleh Teresa Kok.

Turut menyertai mesyuarat ini adalah para timbalan pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Osman Bin Hj Sabran, Iskandar Samad dan Dr Che Rosli Bin Che Mat), Setiausaha Perhubungan (Khairudin Othman), Ketua Penerangan (Roslan Shahir) dan Bendahari (Hj Ahmad Yusof Bin Ludin) PAS Selangor, Ketua Ulama, Pemuda dan Muslimat.

Di pihak DAP pula, selain Teresa Kok adalah Ronie Liu, Ean Yong Hian Wah dan beberapa orang lain lagi.

SB : Teruskan menegakkan Keadilan Islam.

No comments:

Post a Comment