Harakah Daily- Berikutan insiden keganasan terhadap beberapa petugas PAS dan Unit Amal, PAS menggesa semua jentera dan petugasnya untuk meningkatkan tahap kesiap sigaan dan keselamatan yang tinggi demi mengelakkan kejadian tidak diingini itu berulang.
Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dato' Ustaz Abdul Halim ketika ditemui Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang memberitahu, bahawa persediaan menjaga keselamatan diri ini merupakan perkara yang dituntut oleh agama.
"Dalam al-Quran jelas menyatakan kewajaran manusia menjaga keselamatan diri masing-masing di mana mereka berada daripada ancaman pihak musuh.
"Justeru menjadi kewajipan bagi umat Islam khususnya kepada para petugas PAS dan penyokong untuk mempertahankan diri sekiranya berlaku tindakan-tindakan provokasi dan menyerang oleh pihak musuh.
"Kita tidak akan memulakan tindakan melangkaui agama tetapi jika ada ancaman dan serangan, kita mesti pertahankan diri," katanya yang juga Ahli Parlimen Pengakalan Chepa.
SB : Harakah Daily mula sukar dibuka.. orang tua pun teringin sama.

No comments:
Post a Comment