Tuesday, April 28, 2009

UMNO..UMNO

Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul bagi melucutkan YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Negeri Perak yang akan bersidang pada 7 Mei ini. Usul tersebut dikemukakan oleh Dato' Seri Zambry Abd.Kadir dan disokong oleh YB Hamidah Osman.

Perkara itu telah dijangka akan dilakukan oleh BN bagi memecat Speaker dan melantik Speaker baru. Speaker lah yang selama ini menghantui kerajaan haram BN di Perak terutama Zambry.

Sebelum ini, mereka jugalah yang membelakangi Speaker, kuasa Spekaer dinafikan oleh mereka, penafian kuasa Speaker bermula apabila surat pengesahan dan pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang oleh Speaker ditolak SPR, mereka juga telah menggunakan seluruh pegawai dan jentera kerajaan termasuk memperkudakan Datuk SUK, pasukan polis dan FRU bagi menghalang Speaker bagi menjalankan mesyuarat dalam Sidang DUN Tergempar bulan Mac yang lalu sedangkan Speaker ada kuasa memanggil sidang tergempar DUN, mereka juga turut membelakangkan Speaker dengan tidak merujuk terlebih dahulu dalam menentukan dan mengeluarkan surat memanggil sidang DUN kepada seluruh Adun.

Apa yang mereka lakukan seolah-olah Speaker di Perak tidak wujud lagi, sedangkan Speaker Perak masih wujud dan mempunyai kuasa-kuasa yang termaktub dalam Perintah Tetap Dewan Negeri Perak.

Itulah UMNO BN, sekali mereka buat kerja haram, selama-lamanya mereka akan meneruskan kerja haram. Saya percaya rakyat akan mengukum mereka dengan hukuman yang paling hina.

Bekas Setiausaha Politik Anwar calon PKR?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengumumkan bakal calon yang bertanding pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, malam esok.

Ia akan diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Calon yang disebut-sebut ialah Dr. Mansor Osman, bekas setiausaha politik Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.Mansor juga merupakan Timbalan Pengerusi Berhubungan PKR Pulau Pinang.

"Kami sudah memilih calon, akan mengumumkan calon ini esok... akan diumumkan di Penanti," kata Pengarah Pilihan Raya PKR yang baru, Saifuddin Nasution ketika dihubungi mStar Online.

Monday, April 27, 2009

Penanti yang dinanti-nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei (Sabtu) ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei (Ahad).

Pada pilihan raya umum tahun lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun lepas yang dikemaskini sehingga 16 April lalu, yang mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, katanya 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

Sunday, April 26, 2009

Najib PM ke 6







Isteri PM








Anak PM













Gerombolan Wanita dan Penyokong PM



Mentor PM







Ditakuti PM.

PM perlu bersihkan namanya.















Dalam satu wawancara eksklusif Harakah edisi cetak keluaran terbaru dengannya, pada 23 April lalu, Ustaz Nasharuddin mengulangi cadangan agar Perdana Menteri mengambil tindakan undang-undang ke atas media antarabangsa yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Beliau memberikan contoh bagaimana tindakan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang pernah dikaitkan oleh sebuah akhbar di Britain, Daily Mirror, sebagai pemimpin nombor dua Al-Qaeda, membersihkan dirinya dengan menyaman akhbar berkenaan.

"Dalam beberapa hari sahaja akhbar itu menarik kembali kenyataan mereka," kata Ustaz Nasharuddin.

Menanti DUN Penanti satu penantian.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil masa agak lama untuk mengumum kekosongan Dun tersebut. Keputusan sepatutnya diisytihar Jumaat ini, ditangguh ke hari Isnin depan. Apakah ia disengajakan?

Apa yang peliknya SPR mengadakan mesyuarat dengan BN dan selepas itu dengan pakatan rakyat, sebelum pengisytihran kekosongan kerusi itu diumumkan. Ia menunjukkan seolah-olah akan berlaku pilihan raya kecil di Dun Penanti.

Dikatakan dalam pertemuan SPR dengan parti politik terbabit membincangkan sekatan kehadiran penyokong yang ramai di hari penamaan calon dan hari mengundi.

Kenapa larangan tersebut dibuat? Semenjak bermula pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan berikutnya di Kuala Terengganu, selepas itu di Bukit Gantang serta Bukit Selambau, kehadiran penyokong pakatan rakyat ternyata berkali ganda daripada penyokong Umno.

Kehadiran penyokong di hari penamaan calon sahaja sudah menunjukkan kekalahan BN. Contoh paling teruk ialah penyokong BN di hari penamaan calon di Bukit Gantang lebih kurang satu perempat daripada penyokong Pakatan Rakyat.

Ini yang merisaukan Umno yang mengeluarkan belanja begitu besar tetapi kehadiran masih kurang berbanding penyokong Pakatan Rakyat mengeluarkan belanja sendiri.

Namun begitu apakah benar akan berlaku pilihan raya kecil di Penanti dengan kesungguhan yang ditunjukkan SPR itu atau ia hanya sendiwara SPR supaya rakyat melihatkan keputusan pada Isnin nanti tidak mengambarkan adanya perancangan awal menggagalkan pilihan raya kecil bagi menjaga nama baik Najib?

Apakah SPR menunggu keputusan Najib sebelum mengisytiharkan Dun tersebut kosong atau menanti laporan susulan selepas SPRM membersihkan nama Fairuz? Secara tidak langsung ini bermakna SPR seolah merayu Fairuz menarik balik perletakan jawatan tersebut dan pilihan raya tidak akan berlaku.

Dengan cara ini SPR mendapat kepujian yang amat bertuah kerana mampu menyelamatkan maruah Perdana Menteri. Maka termakbul harapan Perdana Menteri bahawa BN tidak akan sertai pilihan raya kecil Dun Penanti.

Apakah Najib takut duit banyak dibelanjakan atau semoga tidak berkumandangnya isu Altantuya di Penanti nanti sebagaimana cerita Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution, ketika berkempen di pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang, katanya: "Sebut gadis Monggolia tidak apa polis tak marah tetapi kalau sebut Altantuya polis naik atas pentas untuk sekat kita daripada berceramah."

Apa yang sukar kepada Najib untuk menjawab ialah apabila pemimpin pakatan rakyat meminta beliau membersihkan nama baik beliau daripada tuduhan akhbar Liberation di Perancis setiap kali berceramah. Adanya pilihan raya makin banyak ceramah dan isu gadis Monggolis bertambah panas kerana sehingga kini Najib membisu terhadap dakwaan akhbar Perancis itu.

Inilah isu besar yang tersembunyi dalam jiwa Najib. Hanya menyekat pilihan raya ia boleh mengurangkan gadis Monggolia daripada diperkatakan. Pilihan raya bermakna isu bertambah panas dan rakyat makin celik perkembangan semasa serta politik-Harakahdaily

Tuesday, April 14, 2009

UMNO mohon DERHAKA

Umno Perlis dan Terengganu akan memohon derhaka untuk tidak bersetuju dengan perlantikan Menteri Besar di negeri masing-masing.

Ketua Penerangan Umno negeri, Dato' Hashim Suboh menyatakan bahawa sepatutnya Dato' Seri Shahidan Kassim menjadi Menteri Besar kerana beliau dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis.

"Amalan dalam parti Umno, jawatan MB diserahkan kepada Pengerusi Perhubungan Negeri. (Md Isa dilantik) MB masuk jalan bagaimana?" kata Hashim.

"Beliau jadi MB bukan mengikut norma dan sistem dalam Umno. Dia adalah 'produk haram' dalam sistem parti.

Manakala di Terengganu pula boikot dilakukan dalam hari kedua sidang dewan negeri.10 Adun BN enggan menghadiri sidang kerana mereka mendakwa diugut oleh pegawai kerajaan negeri. Ugutan melampau sehingga nyawa disebut itu membuatkan keadaan politik Terengganu menjadi hangat kembali sejak pilihanraya kecil Parlimen K.Terengganu.

Boikot dan perasaan kurang senang beberapa adun BN terhadap MB Terengganu Ahmad Said yang menggantikan Idris Jusoh itu nampaknya semakin membara.Apakah tindak-tanduk mereka ini merupakan maklum balas mereka terhadap Sultan Mizan yang tidak perkenan calon pilihan mereka?

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri serta Adun Kijal berkata, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang menteri besar dalam persidangan dewan adalah satu perkara serius.

"Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat, itu biasalah.

"Kalau mendapat sokongan, bubar dewan itu sahaja. Kita terpaksa menerimanya kalau dia nak buat..apa nak kata," katanya.

p/s : Suka hati kaulah Labu.....

Monday, April 13, 2009

Cikgu Nordin dalam Kenangan.

Pada 4.4.2009 ana mendapat mesej daripada Pak Ayen menyatakan Cg Nordin masuk GH.
Kebetulan ana berada di Ipoh terus singgah dan menziarahinya di katil 43 wad 3B. Ana yang pertama sampai dan kami berbual panjang. Tiada apa yang menunjukkan beliau kepayahan. Dia menceritakan masalah kesihatan yang dihadapinya menyebabkan ia masuk hospital. Dalam nada bergurau (pada ana) dia menyatakan dia redho jika Allah akan mengambil nyawanya. Semasa hendak pulang ana bertemu Pak Ayen di pintu lif untuk menziarahinya.

Semasa sibuk berkerja untuk Bukit Gantang, dia ada berjumpa KC (Cg Hamdan) untuk menjadi ahli PAS seumur hidup tapi ditangguh oleh KC kerana sibuk dengan urusan pilihanraya.
Sebelum ini kami bertiga iaitu Almarhum Pak Majid (meninggal 19.3.2009), dia dan ana ada pergi ke Kedah untuk berubat dan menziarahi Ustaz Ramli di hospital Kulim. Dalam perjalanan pulang beliau banyak menceritakan hal masa mudanya penuh dengan kenakalannya.

6.4.2009 ana menerima mesej dari Pak Ayen menyatakan Almarhum dimasukkan ke ICU. Ana tidak dapat menziarahinya kerana sibuk di Bukit Gantang. Pada 11.4.2009 ana diberitahu keadaanya kritikal. Ana menghantar mesej kepada sahabat-sahabat tentang berita itu. Selepas solat asar di masjid, ana, Hidir dan Bakar pergi menziarahinya di wad 3B katil 1 sebelah katil Almarhum Pak Majid. Malam tu para jemaah membaca yassin dan solat Hajat.
Besoknya semasa berasa di rumah Tomi (orang kuat PKR Gopeng) ana dimaklumkan bahawa Almarhum boleh membuka mata. Walaubagaimanana pun pada sebelah malamnya semasa dalam perjalanan pulang dari Sauk ana menerima mesej daripada cg Hamdan jam 8.33 pm menyatakan kembalinya Allahyarham ke Rahmatullah. Ana singgah di Masjid dan bersama-sama jemaah menziarahinya, yang ditakdirkan kami sampai bersama jenazahnya dari hospital. Allahyarham beramanat ana dan Pak Ya menguruskan jenazahnya. Almarhum disemadikan di Masjid Kg Paloh, Ipoh.Semoga roh nya dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh. Al Fatihah.

p/s: KC kata hilang seorang lagi yang selalu menginfak dana untuk program PAS dan Masjid selepas arwah Hj Ghani dan Pak Majid.

Saturday, April 11, 2009

Harakahdaily : 5 soalan panas!!!!

Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu :

1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?

4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?

5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?

Wednesday, April 8, 2009

Penyakit gila tegar.

Keputusan Pilihanraya bagi 2 bukit dan 1 batang telah diketahui. Media kerajaan BN sebelum ini yang masih dalam terapi telah kembali gila, meracau dengan bebagai cerita merapu dan menipu. Ubat telah di beri oleh rakyat dengan mengalahkan BN di dua bukit menyebabkan ia pulih walaupun belum pulih sepenuhnya. Apa pun ia boleh gila semula kerana ia mendapat penyakit gila tegar. Tidak boleh sembuh melainkan mati saja.

Petugas : Tahniah dan Terima Kasih.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua petugas Pilihan Raya dari PAS Kawasan Gopeng, Pak Ungku dan Zul dari Selangor, Syed Bong dari Dungung dan Muslimat kawasan Gopeng diketuai Puan Kamariah dan Pemuda Gopeng. Tidak lupa juga Pak Imam Nasir, Pak Din Su UPU Kg Tebuk, Raja Azizan ketua UPU, Din dan Abu Kuala Trong, tuan rumah serta semua mereka yang telah berkorban terutama Major Yakkob, Anuar Ibrahim, Jaafar, Ust Mohd Ali, Abang Harun, Rahim, Bob, Hj Haiyi, Al Husyein,Haris, Burn dan lain-lain yang telah berhari-hari berada di sana dengan izin Allah untuk memenangkan Ir Dato' Seri Hj Mohamad Nizar Jamaludin dengan majoriti 2789 undi.Semoga segala pengorbanan diberi ganjaran oleh Allah swt di dunia dan diAkhirat.

Daripada Jawatankuasa Pengurusan Pilihanraya Pas Kaw.Gopeng bagi Bukit Gantang.

melawat pondok panas





Beramah mesra dengan petugas




Tuesday, April 7, 2009































Pantang berundur.

Muslimin dan muslimat Gopeng,Melaka dan bukit Gantang tanpa mengenal lelah bertugas dengan yakin di hadapan dan sekitar pondok panas menunggu pengundi keluar menjalankan kewajipan mereka.Tahniah kepada pengundi kg tebuk kerana tahu membezakan kebenaran dan keburukan.

Kibar jangan tak kibar

Suasana pilihan raya di kampung tebuk







Petugas-petugas di pondok panas PAS

Monday, April 6, 2009

Laporan dari Bukit Gantang.

Ana akan cuba membawa laporan terus dari Bukit Gantang pada hari pengundian.

9.52 mlm : Keputusan rasmi . Pas menang dengan majoriti 2789. TAKBIR !!!
9.30 mlm : keputusan tidak rasmi dari Markas besar Pas majoriti 2774.
8.52 mlm : Pas lead 3283. 5 peti undi belum dikira.
8.15 mlm : Pas lead 2426.( 25 peti belum dikira.)
5.30 petang : pengiraan undi bermula.
3.00 petang : suasana masih panas antara 2 penyokong.
12.30 tengah hari: pergaduhan kecil berlaku di kampung temelok apabila BN menahan kereta PAS. Polis mengawal keadaan
7.30 pagi : Bergerak ke Pondok Panas. Perayu undi mula sampai.
5.00 pagi petugas masih berkawal di k.Terong. (Ngantuk weh..)
3.00 pagi: kereta BN membawa keluar orang dr K.Terong
2.20 pagi: 4 bas masuk Kuala Terung dengan tujuan melawat.Pagi-pagi buta nak lawat apa?
1.40 pagi: gangguan oleh BN di Kampung Temelok

Tengah Malam ni..kempen Tamat.


UNDILAH PAS UNTUK SEMUA. VOTE FOR PAS.
Kepada semua petugas parti PAS, DAP dan PKR, terima kasih tidak terhingga. Kepada Bloggers dan media, NGO tempatan dan luar negara, anggota keselamatan Poils dan perisik, terima kasih banyak-banyak! kepada semua penyumbang derma dan tenaga serta masa, selamat berjuang.
Kepada warga Bukit Gantang , selamat mengundi PAS. Hidup Rakyat dan Wasalam
-sedutan ucapan Ir Hj Mohammad Nizar Jamaludin.


Tun Mahathir : Surat Khabar Lama..

Solute sama Muslimat..







Sejak sebelum penamaan calon lagi muslimat kawasan Gopeng telah turun ke UPU Kg Tebuk bersama muslimat Tanah Merah untuk mendekati penduduk di situ. Tabik spring sama lu orang...
Program gerak gempur muslimat.....


Thursday, April 2, 2009

CT ziarah Tok Guru



Semoga dapat hidayah...

UMNO mudah Lupa



Paku dulang paku serpih
mengata orang dia lebih.

Macam pernah tengok lambang..



Oooo ye...macam lambang zionis.

Konsert Tn Hj Zahid Hamidi.





BN dilihat cuba memancing sokongan pengundi Cina di parlimen Bukit Gantang dengan konsert gadis manis berimej seksi yang berlangsung di majlis makan malam yang dihadiri menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian.