Sunday, December 27, 2009

PMR : Terima Kasih Cikgu.

Aku nak ucap tahniah pada anak aku yang putusan pekse PMRnya 6A 2B dan aku nak ucap terima kasih kepada semua cikgu. Terutama cikgu Tahun 1, yang mengajarnya mengenal huruf dan nombor.

Pada sesiapa yang marahkan cikgu (terutamanya kes Kuala Dipang) harap boleh memikirkan pengorbanan guru. Kem 1 Malaysia tajaan orang atas bukannya kehendak guru. Sekolah digunakan untuk kepentingan politik. Kalau berjaya nama orang atas (pembodek) akan cepat naik pangkat. Kalu jadi macam Tragedi K.Dipang guru jadi mangsa. Dulu, kini dan selamanya umNO berperangai macam tu.

Bagi calon PMR yang tak berapa cemerlang, jangan putus asa. Balun untuk SPM. Masa ada 2 tahun lagi. Teman doakan semoga mengkome semua berjaya.Cume sekarang ni , aku tengah pikir. Apa hadiah nak bagi walaupun anak aku tak minta apa-apa. Aku ingat nak beli badan jet F5e yang hilang enjinnya. Buat apa kalau enjin takder. Takkan nak pakai enjin Honda c50 kot.

Saper-saper ada cadangan boleh le kemukakan. Aku tengah mikior ni...

Monday, December 21, 2009

KPI : MP PONTENG.

Isu ni dah lama kalau ikut peredaran masa kini. Aku taknak tulis awal, pasal aku marah kat MP yang tak hadir sidang Parlimen. Tambah-tambah lagi kat MP PAS. Jadi aku “positive thinking” kata orang putih. Bahasa tasaufnya “sangka baik”lah.

Aku tunggu beberapa hari untuk tengok dia orang punya jawapan. Kalau mereka pergi “masuk jawi” aku tak kisahlah. Pada aku kira alasan kukuh., Tapi kalau pergi kenduri atuk “masuk jawi” ini kira tak patut. Tapi soh je ! Hanya sorang dua je yang beri alasan, tu pun alasan tak masuk otak!!

MP BN aku tak kisah. Mereka memang khidmat untuk perut sendiri, rakyat diperlukan bila ada untung kat mereka. Ni…. Yang MP PR ni. Dah tebal telinga aku dengar , kami ni mewakili rakyat. Kami ni suara rakyat. Bila dapat ke Parlimen , PONTENG. Aku syorkan mereka ni di potong gaji.

Dr Aziz Bari kata, ”BN Pucat , PR Gigit Jari.” Ia ibaratkan macam main bola. PR sepak bola walaupun dah takde penjaga gol, tapi hayun bola kena tiang, lantun keluar dan diambil BN semula.

Aku harap kes ni, banyak beri pengajaran pada MP PR terutamanya MP PAS. Mungkin ada baiknya kes ni berlaku. Tapi niat aku undi ADUN dan MP adalah untuk hantar mereka ke sana, bukan untuk PONTENG!!!

SB : Ahli PAS jangan ponteng sembahyang jemaah....

Sunday, December 20, 2009

Ketua Pemuda Keadilan (AMK) SOKONG BTN.


“KAMI SOKONG BTN” jerit Ketua Angkatan Muda Keadilan, Syamsul Iskandar kepada perwakilan Konvensyen PR semalam. Semua perwakilan terkejut termasuk DS Anwar. Syamsul Iskandar meneruskan ucapan menyatakan sokongan terhadap BTN.


Katanya BTN membolehkan anak-anak muda bersatu, bersemangat untuk menyelamatkan negara. Apahal AMK ni.. Tiada seorang perwakilan pun yang setuju dengan BTN. Tan Sri Khalid nampak serius. Semua orang tahu. BTN adalah alat untuk umNO mengekalkan sokongan orang melayu dengan hasutan perkaumannya.


Aku pun pernah ikuti kursus ni dalam Tahun 91. Cerita di dalamnya memang berbau perkauman, kemudian diselitkan dengan agama. Melayu diancam, negara akan kucar kacir, Islam akan hilang. Melayu mesti bersatu dengan UMNgOk untuk selamatkan Islam, Melayu dan Negara. Sebiji macam TOK PETI PERAK cakap.


Tapi.. yang seronok BTN ni kita boleh cakap apa saja. Aku lawan balik. Last-last dia orang suruh aku masuk ABIM. Dia orang kata Pak Sheik sorang je yang berjuangkan Islam dalam umNO. Aku kata kalau pasal Islam ni aku dah masuk parti LULUS !!! Kita jointlah...


Tutup cerita tu, balik cerita Shamsul AMK, dia masih cakap berapi-api, bersemangat dengan BTNnya.. Akhirnya dia bagi tau... BTN tu, anak muda Bersama Tolak Najib.... Baru semua perwakilan tersenyum termasuk DSAI dan TSKI... Si Shamsul ni, nasib baik aku belum baling kasut !!!

Thursday, December 17, 2009

1431H - Ajal makin dihampiri...


Seorang sahabat menghantar mesej sempena awal Muharam.

Berkata Abu Hurairah : "Setiap kali datangnya tahun baru, membuatku risau dan resah kerana semakin singkat umurku! Semakin dekatnya ajalku! Semakin tipisnya waktu pengampunan ku terhadap ALLAH ! Semakin dekatnya hari perhitunganku..."

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM DAN SEMOGA ALLAH AMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSA YANG PERNAH, TELAH DAN SEDANG KTA LAKUKAN DENGAN SEBAB TERLUPA, SENGAJA ATAU JAHILNYA KITA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI.....

SB: Tingkatkan Amalan. Teruskan Perjuangan. Teruskan Berdoa. Jangan tinggalkan sembahyang jemaah kerana nak tengok bola...

Thursday, December 3, 2009

Ahli umNo tak payah bayar...



"Jadi juga ropenya" kata hati teman bila baca tulisan Bai dalam blognya "sendiri mau ingat". Sebelum PR memerintah memang kerajaan BN nak buat parkir berbayar di pekan Gopeng. Orang pasar banyak yang merungut. Berniaga tak seberapa untung, letak kereta kena cukai. Orang yang nak beli ikan di pasar Gopeng pun pasti merungut. Kena buat budget parking bila ke pasar.

Orang yang pergi pasar hari selasa juga pasti merungut. Orang yang memang biasa ke Gopeng pasti merungut. Sat lagi ramai orang parking kat masjid lama Gopeng. Pengerusi boleh demand le. Supaya semua orang akan merungut.. merungut..merungut.

Tapi... orang umNo ni rungut je lebih. Nampak dacing... meleleh ayor lior. "Bodoh tak boleh diajor , cherodik tak boleh diikut" kata orang tua-tua. Sebab ada juga orang umNo yang bagi tau, "kalau tak dikutip cukai mana nak dapat duit ?" Jawapan bodoh daripada pemerintah yang bodoh yang membodohkan otak mereka dengan BTN.

SB : Ahli umNo boleh tunjukkan kad ahli untuk dapat diskaun bayaran....
* Gambar diambil dari blog "sendiri mau ingat "