Thursday, September 24, 2009

Balik Kampung



Dah lame tak balik Gelok, Lenggong. Setiap rumah penuh dengan penghuni. Kalau hari biasa sunyi je... Ini menunjukkan orang Gelok banyak yang merantau. Dulu kata kat Kelantan.. rakyatnya merantau sebab takde kerja..putar alam shah betul BN ni.
Tanpa di rancang semua adik beradik isteri aku balik kampung. Tu sempat begambor... cumanya aku tak dapat begambor ngan Pak Mertua. Dia beraye kat umah Mak mertua no.2.....





Ni semua cucu opah. Ada berapa korang kiralah sendiri. Selamat Raya semua. Lepas ni jangan lupa untuk puasa enam untuk jadikan puasa kita seperti setahun. rebutlah peluang yang diberi pada umat Nabi yang kita rindui.. Muhammad s.a.w.


Sunday, September 20, 2009

Bagan Pinang : 29.9.09 PAS dan BN umum calon.



PAS yang akan bertanding mewakili Pakatan Rakyat
pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan mengumumkan calonnya pada 29 September ini.

Secara kebetulan, buat kali kedua berturut-turut, PAS juga akan mengumumkan nama calonnya pada tarikh yang sama dipilih oleh Barisan Nasional (BN).

PAS dan BN mengumumkan calon masing-masing pada tarikh yang sama ketika pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang bulan lalu.

"Ya, kami (PAS) akan mengumumkan calon pada 29 September... tarikh 29 September sudah ditetapkan," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika dihubungi mStar Online semalam.

Aidil Fitri

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Ana dan keluarga mengucapkan Salam Aidil Fitri. Minal Aiddin wal Faizin kepada semua umat Islam. Maaf Zahir dan Batin.

"Terus hidupkan semangat Ramadhan"

Monday, September 7, 2009

Percuma tak boleh, Naik Takrif tak pe.

Dasar kerajaan Selangor membekal air percuma kepada rakyat perlu dikaji semula oleh kerana ia tidak memanfaat kumpulan sasaran, menurut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

SB: Aik kalau percuma puak ni marah pulak. Kalu naik takrif harga air setuju pula. Alasan yang selalu diberi ialah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Sudah.. lah, ini kerajaan PR prihatin untuk rakyat... zaman kau orang sudah berlalu... Sayonara BN.

Badar Kubra bersama Tok Guru Presiden di Perak.


Tok Guru memberikan kuliah sempena Liqa Fikr Negeri. Sesi soal jawab menghangatkan lagi suasana walaupun duduk surau berhawa dingin di Suaru Ikhlasiah, Manjoi.


Iftar Jamaei. Bendahari PAS Gopeng Tn Haji Haiyi menanti saat berbuka untuk merebut sunah. Time mesti tepat. Waktu berbuka je ke ?



Ustaz Shuaib Din, Ketua Ulamak PAS Perak memberikan kuliah Haraki. Seorang ulamak kotemperori yang cukup mantap dengan hujah al Quran dan Hadith. Beliau menyenaraikan bentuk Muslim Haraki iaitu:
1. Menjadikan nabi dan Rasul sebagai ikon (model).
2. Sentiasa bercakap benar.
3. Tiada perasaan hasad dan dengki.(jiwa bersih)
4. Seorang penasihat dan memberi pandangan yang membina.
5. Menunaikan janji termasuklah dalam menepati masa.
6. Baik akhlaknya.


Selepas solat terawih ceramah Badar Al Kubra dimulai dengan pembuka kata oleh SU Dewan (Misbahul Munir) . Kemudian ucapan aluan oleh PJ PAS Pk. Ust Abu Bakar Hussein. Selepas itu diikuti oleh MB Rakyat. DS Hj Nizar Jamaludin yang menggunakan bahasa baku perak diselang seli dengan bahasa Jerman dan Prancis. Akhir sekali Tok Guru Presiden menceritakan peristiwa Badar Besar dengan penuh terperinci dan iktibar dari peristiwa tersebut.
Bermula jam 5 ptg hingga 12mlm tersa begitu cepat berlalu. Alhamdulillah bulan Ramadhan ni aku dapat cium tangan Tok Guru Presiden. Tak silap Tahun lepas aku dapat cium tangan Mursyidul Am. Tapi aku masih cemburu kat "BOB simpang Pulai" kerana dia dapat serban Tok Guru Presiden. Jelous betul aku..... TAKBIR.

Wednesday, September 2, 2009

1 Malaysia tapi banyak yang 2

Slogan 1 Malaysia telah memecahkan kompenan BN jadi dua.
MCA dah jadi 2. Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek
PPP dah jadi 2. Keyveas dan Murugiah
MIC dah jadi 2. Samy dan Subra
UMNO pula dah pecah berderai.....

SB : Tahniah TUn Abdulah kerana jadi pengerusi IKIM. Semoga cepat faham Islam.

RON 95 punya pasal terpaksa bayar lebih.

Dalam diam dan senyap minyak petrol RON 95 dijual dengan harga lebih 5 sen menggantikan minyak lama. Katanya minyak ni bagus, oleh itu 1 liter dinaikkan 5 sen. Aku ada dalam akhbar tapi berita kecil aje. Memang puak-puak ni pandai menipu no 1 dalam Malaysia. Mula-mula hapuskan nilai 1-4 sen. Jadi kalau nak naik, naik terus 5 sen walaupun kos nya cuma 2 atau 3 sen. Tahniah pada kerajaan BN kerana berjaya menaikkan harga minyak petrol 1 Malaysia TANPA RAGU.

Maaf Selalu

Maaf. Lama tidak menulis. Bermula dengan soket rumah yang rosak. Fius terbakar di Kotak Utama. Adik Dirih kata "Ini lama punya(fius), sekarang dah pakai jenis baru (MCB) ." Aku angguk aje , aku tak pandai bab letrik ni. Aku kata, "tukar le baru...". Kosnya tak sampai RM300 aje. Nak buat macam mana... terbang duit baju anak-anak nak raya. Itulah ketentuan Allah.
Lepas tu sibuk dengan berbagai program parti, lawatan Tuan Guru Presiden (5.9) dan Program negeri. Program lawatan ke cawangan oleh kawasan juga perlu di atur sempena ramadhan. Tarikh yang sama juga DSAI nak singgah berterawih di Masjid Lame Gopeng.
Dalam kesibukan ini juga, Allah uji dengan pemergian Cg Akhiar (Uda-abang ipar) kerahmatullah,jam 3.15 pm (1.9.2009) semalam. Alhamdulillah, dengan bantuan Allah semua dapat diselesaikan dalam masa 4 jam. Terima kasih kepada mereka yang hadir dan yang membantu tenaga/wang ringgit dan juga yang mengucapkan takziah.
Memang aku terasa kehilangannya. Sebab selalu singgah rumahnya bila ke Ipoh. Walau bagaimana pun yang hidup pasti mati. Kita akan menyusul kemudian. Oleh itu sentiasalah kita berdoa supaya dimatikan dalam 'Husnul Khotimah'. Amin.