Beliau ialah mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Gopeng. Sekarang ini menjawat Ketua Penerangan PAS Teluk Intan sangat ana kenali. Pernah jadi Boss ana semasa di Gopeng. Makan sikit, kerja kuat sampai kurus melidi. Macam PJ juga..tak pernah nampak marah. Masalah yang paling sukar mengeja nama ayahnya.. selalu silap. Macam nama ayah PJ juga. Didoakan semoga sentiasa diberi kekuatan dan petunjukkan oleh Allah swt.
Monday, June 29, 2009
Tahniah Sdr Azhar Rafiei
Kabinet PAS Perak
PJ : Ust Abu Bakar Huseein
TPJ 1 : Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaludin
TPJ 2 : Dr Kahiruddin Dato’ Abdul Malik
TPJ 3 : Ust Mustafa Shaari
S/U : Misbahul Munir Masduki
Bend : Tn Hj Abd Rahim Mat Arif
K.Pen : YB Idham Lim
Pen s/u : Asmad Shahril Che Mat
Pengarah JPN : Tn Hj Asmuni Awi
AJK :
Sdr Azhar Rafaie
Dr Najtussoleha Ahmad
Pn Hamizan Baharuddin
Sdr Khairul Anuar Ismail
Sdr Aminudin Zulkifli
Sdr Muhamad K.Y.Tiang
Ust Osman Meseri.
Bersama PJ PAS Perak
Tiga hari lepas (25.6.2009) ana sempat bermesyuarat untuk pengurusan ILHAM. Turut hadir adalah PJ PAS Perak bagi sesi 2009-2012. Ana sampai ke Pejabat ILHAM , pejabat masih berkunci dan PJ masih menunggu di dalam kereta. Rasa malu juga. PJ sampai dulu. Sebentar kemudian sampai ajk yang lain. Masa mesyuarat 9.30pm tapi semua datang awal. Cuma PJ datang lebih awal. PJ adalah pengerusi Lajnah Tarbiah Negeri.
‘Tahniah, ustaz.’ Kata ana.
‘Terima kasih’ jawab Ust Bakar, ringkas.
Kemudian terus mempengerusikan mesyuarat. Beliau memberitahu perlu segera pulang kerana ada premesyuarat untuk pembentukan kabinet PAS Perak yang baru.
Monday, June 15, 2009
Bubar DUN :7 MP Di Gantung 2 Hari.
Nizar dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Koo Ham (DAP-Pantai Remis), Dr Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) di halau dari Parlimen kerana memakai lilitan bubar DUN Perak.
Nizar cuba membawa bahas mengenai kemelut politik Perak ke dewan tertinggi demokrasi di negara ini setelah menangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.
“Ketika mengangkat sumpah, saya berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan. Demikian itu saya meminta izin dari Speaker untuk memaklumkan kepada Dewan berkenaan isu Perlembagaan yang dipinggir di Perak,” kata Nizar.
Nizar bagaimanapun tidak diberi peluang itu kerana diarahkan keluar Dewan oleh Pandikar bersama enam Ahli Parlimen lain.
"Saya diarahkan keluar kerana saya menyalahi beberapa tradisi angkat sumpah, sebab saya nyatakan itu sebaik-baik saja tandatangan sumpah itu maka sebut bubar bubar bubar DUN Perak, hidup hidup rakyat," kata Nizar.
Pandikar berkata kesemua mereka di gantung dua hari atas kesalahan melanggar kod pemakaian Dewan Rakyat.
ps : Patuh sungguh BN ni kat undang-undang ..kalau ke deme.
Monday, June 8, 2009
Penggulungan Muktamar PAS 55 : Apa Kata Mereka
Perwakilan Dewan Pemuda - Dzulkifli Ahmad
"Kita adalah penentang-penentang Umno yang tegar dan tidak akan berkompromi dengan mereka.
"Jika ada pemimpin yang berbincang dengan Umno, mereka harus ingat bahawa Umnolah yang harus ditarik kepada PAS dan bukan kita yang pergi untuk berbincang dengan mereka," tegasnya.
Perwakilan Muslimat - YB Siti Zailah
Siti Zailah dalam perbahasan penggulungan yang merakamkan ucapan tahniah di atas pemilihan saf kepimpinan baru berkata, dalam memilih pemimpin aspek utama yang perlu dititik beratkan ialah berteraskan ilmu, iman, takwa dan amanah.
Kelab Peyokong PAS-Vincent Lee.
"Rundingan sulit antara PAS dan Umno juga membimbangkan para penyokong masyarakat bukan Islam. Mereka dan ahli-ahli Kelab mulai bertanya, adakah PAS mula meninggalkan mereka dan seterusnya menjadikan Umno sebagai kawan setia kepada PAS?"
"Kelab Penyokong PAS ingin bergerak ke depan ,dan teruskan usaha- usahanya untuk menjadikan PAS pilihan utama atau 'the only choice' bagi rakyat Malaysia."
Perwakilan Kelantan - Cikgu Wan Abdul Rahim.
Sunday, June 7, 2009
Tok Guru Nik Aziz : Tiada Kongsi Kuasa dgn UMNo
"Nak berunding untuk tubuh kerajaan tak usah, tapi nak bincang dengan Umno untuk benda lain boleh," katanya.
"Umno adakah samseng politik, kita perlu matikan mereka habis-habisan.
"Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu," katanya.
ps : Setuju!
Dr Khairudin : Usul Tergempar Siatan DiRaja Kes Perak.
Usul dilulus seburat suara.
ps : Mau ke Si bijaN tu menubuhkan Suruhanjaya DiRaja... tau dah tentu tak mau. Nak cari naeh..
HUSAM : Tetap Berjuang Bersama PAS.
Husam juga menjelaskan, kekalahan beliau tidak akan memberikan kesan kepada pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan kerana PAS tidak memerintah berdasarkan individu sebaliknya kerana kekuatan parti.
"Saya tidak faham kenapa ketika rakyat menolak Umno dan menerima PAS, kita mahu bersama mereka... sepatutnya mereka datang kepada kita bukan kita pergi kepada mereka. PAS perlu ganti Umno bukan bersama Umno," tegas beiau.
Biarpun tewas, Husam tetap menjadi buruan media untuk mendapatkan pandangan politiknya yang bernas dan tajam. Ini terbukti ketika turun ke pentas untuk ke tandas, beliau dikejar wartawan untuk mendapatkan respons dan komen mengenai keputusan pemilihan. Harakahdaily.
ps: "Jom kita runtuh dan hancuskan UMNo." Cakap jer tak jadi.. kena berjihad dengan harta, wang, masa, idea dan kuatkan hubungan dengan Allah.
Saturday, June 6, 2009
Muktamar PAS 55 : Infak terus mencurah.
ps : Bagi ahli Pas Gopeng bolehlah mengumpul wang untuk Tabung Piliharaya mulai dari sekarang. Tahniah bagi mereka yang menjadi pengantin baru (terutama FAZLAN su pemuda cawangan Gopeng) dan mereka yang berkenderaan baru.
Berita Hairan : Hadi Kena Bidas
Sebaliknya kita boleh melihat gelagat perwakilan UMNo. Tak cukup pagi sambung sebelah petang memuji dan membodek pemimpinnya. Walaupun pemimpinnya melakukan kesalahan demi kesalahan. Kes PKFZ, penyelewang duit Royalti Minyak, Menganjurkan maksiat, politik perkauman, PPSMI dan lagi dan lagi...
Sayidina Abu Bakr dan sayidina Omar semasa dilantik menjadi Khalifah umat Islam telah meminta umat Islam taat jika mereka benar dan membetulkannya jika sebaliknya. Ini lah pemimpin yang bertaqwa dan berjiwa besar. Inilah ciri-ciri yang terdapat dalam gerakan Islam PAS. TAKBIR!!!
Muktamar PAS 55 : Keputusan Pemilihan.
Ustaz Nasharuddin Mat Isa - 480 undi,
Datuk Husam Musa - 281 undi
Mohamad Sabu - 261 undi.
Naib Presiden PAS :
Tuan Ibrahim Tuan Man (871)
Salahuddin Ayub (820)
Datuk Mahfuz Omar (636).
Nik Amar Nik Abdullah (333).
Dr. Mujahid Yusof Rawa (272)
Senarai 18 ahli Jawatankuasa Pusat PAS:
Datuk Mohd Nizar Jamaluddin - 854
Idris Ahmad - 799
Kamaruddin Jaffar - 769
Datuk Seri Azizan Abdul Razak - 653
Datuk Dr Hassan Ali - 642
Dr Hatta Ramli - 638
Abdul Ghani Shamsudin - 637
Datuk Abu Bakar Chik - 622
Mohamad Hanipa Maidin - 619
Amiruddin Hamzah - 606
Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali - 589
Abdul Ghani Abdul Rahman - 584
Dr Zulkifli Ahmad - 576
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 530
Hashim Jasin - 522
Mazlan Aliman - 513
Taib Azamuddin Mohd Taib - 508
Mujahid Yusof Rawa - 448
Friday, June 5, 2009
Muktamar PAS 55 : "ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN "
"Semua petugas parti perlulah mencari formula dan ruang yang ada untuk menonjolkan kepimpinan Islam dalam segenap segi kehidupan dengan cara yang penuh hikmah dalam menangani harapan rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya serta terus kekal dengan iltizam disiplin yang tinggi supaya tidak goyah oleh perancangan jahat musuh," kata beliau.
Stadium RM570juta : Sebulan baru tahu keputusan.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata laporan lengkap mengenai insiden itu akan dikemukakan kepada Kabinet dalam masa enam bulan.
"Tujuan penubuhan jawatankuasa ini ialah mengenal pasti punca-punca runtuhan, bukannya nak mencari siapa yang bersalah dalam hal ini.
mStaronline.
ps: Siasat cuma nak tau punca je! Kalau stakat macam tu tak payah siasat.. kerana jawapannya tak ikut spesifikasi pembinaan. Mesti ada masalah cuai atau "songlap" . Dakwa dan tangkap mereka yang bertanggunjawab. Jangan dok siasat.. tapi takde keputusan. Esok runtuh lagi.. siasat. Brapa banyak siasat dah...