Saturday, January 16, 2010

Kesan Pemerintahan Ulama

KOTA BHARU, 15 Jan: Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali. Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.

Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.

Monday, January 11, 2010

DS Ir Hj Nizar dah start ceramah.


Semua orang tahu, MB Perak yang sah kemalangan. 2 hari dok hospital.Petang tadi baru balik hospital. Malam ni dah berceramah di Taman Seri Raya. kat kampung teman. Hebat.. ceramah macam biasa. Tak cerita pun pasal dia kemalangan melainkan menggasak umNo dengan lorat Rawa. (bahasa orang Gopeng) Malu rasa teman, teman ni kalau sakit sikit akan jadi alasan untuk tak buat kerja jemaah. Kalau xcdent macam tu, tak tau le...

SB : Semangat yang ditunjukkan Hj Nizar... akan menguatkan orang Perak menumbangkan BN..

Sunday, January 10, 2010

Puak Pengacau..

IPOH, 10 Jan: Dewan Pemuda PAS Perak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan bom api ke Gereja All Saints dan Gereja Saint Louis, dekat Taiping awal pagi ini.

Sehubungan itu, setiausahanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss meminta pihak berkuasa melakukan penyiasatan segera terhadap tindakan yang melampau itu.

"Pemuda PAS Perak berharap rakyat bertenang dalam menghadapi situasi seperti ini," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily tengah hari ini semasa dalam perjalanan melawat tempat kejadian.

"Justeru, Pemuda PAS Perak mengharapkan segala langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini diambil dengan secepat mungkin dengan mengambil kira semua aspek," ujarnya lagi.

Siang tadi Pemuda PAS Perak mengadakan lawatan ke dua-dua tempat kejadian bagi melihat sendiri keadaan.

SB : Tak der keroje.. puak-puak ni, kira nak buat kecoh je...Tahniah pemuda PAS, tunjukkan Islam itu adil.

Saturday, January 9, 2010

ALHAMDULILLAH DAPAT ANAK KEMBAR.


Tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraan melainkan ucapan Alhamdulillah, apabila disaat akhir doktor mengatakan bahawa anak yang dalam kandungan adalah kembar. Walaupun agak kelam kabut kerana persiapan untuk baby hanya seorang kini jadi dua orang. Apapun semuanya terubat apabila anak yang dilahirkan selamat bersama ibunya. Sekali lagi Alhamdulillah.

SB: Ini bukan anak aku, tapi anak jiran sebelah aku. Cg Yus.(Penyelaras PKG Gopeng) Aku juga ucap Alhamdulillah dapat berjiran baby kembar... bapanya tengah penin cari nama. Siapa apa cadangan boleh bagi...

umNO dan undang-undang ALLAH

Sepatutnya tiada yang ganjil penggunaan nama Allah sebagai Tuhan sekalian Alam. Setiap hari umat Islam wajib membaca "Alhamdulillahirabbilalamin" iaitu ayat dalam al Fatihah sebagai salah satu rukun Qauli dalam sembahyang. Umat Islam mengaku bahawa Allah adalah Tuhan bagi Sekalian Alam. Alam tentulah bukan orang Islam sahaja tetapi semua makhluk yang ada di bumi dan di langit dan diantaranya.

Peliknya umNo beriya-iya mempertahankan isu ini, sedangkan undang-undang yang Allah suruh laksanakan ditolak dan digantikan dengan undang-undang yang disediakan oleh orang yang beragama Kristian (Lord Reid).

Hisyamudin (Menteri KDN) sanggup menggunakan ISA untuk menyelesaikan masalah ini. AlHusseyn telah menyenaraikan nama yang sepatutnya ditangkap. Walaupun aku tak setuju dengan ISA untuk mereka, tetapi AlHusseyn mempunyai bukti yang kukuh.

Hamidah Osman pula menggunakan blognya untuk mengutuk PAS dan menyiarkan gambar Khalid Samad sebagai paderi yang memakai lambang PAS. Tiada satu hujah ayat Quran dan petikan Hadith Nabi Muhammad saw yang digunakan oleh YB Sg Rapat ini, melainkan menggunakan hujah akalnya semata-mata untuk menyatukan melayu yang semakin layu untuk menyokong umNO terutamanya di Sg Rapat.

Apa yang jelas, umNo cuba lari dari masalah sebenar. Mereka menggunakan isu ini di dada akhbar untuk melupakan rakyat tentang kenaikan gula, enjin jet hilang, kes Teoh Beng Hock, PKFZ, isu kudeta di Perak, Altantuya, kes jenayah, kes buang anak dan seribu jenis masalah yang umNo tak boleh nak jawab dan selesaikan. Itulah perkara yang sebenarnya disorok dibelakang isu ini.

SB : Harap Kak Midah boleh tarik semula gambar dalam blognya.. kerana ia telah mengkafirkan orang yang tidak kafir...

Friday, January 8, 2010

AlFatihah : KC Pekan Razaki.

Pagi tadi ana terima mesej dari T.YDP Kawasan Gopen Calon N43 Sg Rapat, Sdr Radzi Zainon yang menyatakan Ayahanda Yusof bin Sam telah kembali ke Rahmatullah. Ana pun sedekahkan fatihah. Memang ayahanda, orang yang sentiasa riang. Ziarah kat hospital ari tu pun, dia bagi tau dah sakit ni "cancel" nak pasang dua. Dia cakap dekat ana depan anak-anaknya. Ana tau dia melawak.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Sg Rokam. Sebelum tu kat rumah YB Chang Ming Kai pun ada. Kat mesjid PJ, SU dan Bendehari PAS Neg Pk pun ada. Jasa ayahanda sangat besar dalam mengembang dan membantu PAS Kawasan Gopeng dan ada menyumbang untuk bangunan Pej PAS Perak. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT. Amin. Al Fatihah.

Saturday, January 2, 2010

Pemuda umNo buat Lawak Awal Tahun 2010

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini membantah kenaikan harga gula yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam.

Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dalam satu kenyataan media menegaskan perkara ini tidak patut berlaku walaupun kenaikan sekadar 20 sen ia tetap memberi impak negatif serta kesengsaraan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Di saat dunia menjangkakan ekonomi akan beransur pulih, rakyat dikejutkan dengan kenaikan mendadak ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, Pemuda Umno berharap kenaikan harga gula dapat dibatalkan atau ditangguhkan demi menghayati konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan-mStar.

SB :"Adus... besarrr punya lawak"

Friday, January 1, 2010

Gula-Gula BN untuk Gulakan Rakyat.

Kerajaan BN menepati janjinya tidak menaikkan harga gula sebelum 2010 seperti kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan Datuk Seri Ismail Sabri seperti dilaporkan BERNAMA.

HARGA GULA TIDAK NAIK , BEKALAN DIJAMIN CUKUP – ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR, 2 0gos (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bekalan gula di negara ini mencukupi serta tiada kenaikan harga akan berlaku sehingga akhir tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengingatkan peniaga agar tidak menyorokkan bekalan gula untuk meraih perhatian kerajaan bagi menaikkan harga gula.

Berita Hairan pula melaporkan :

18 Jan – KERAJAAN TAMBAH SUBSIDI ELAK HARGA GULA NAIK – berita hairan

KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin membatalkan hasrat menaikkan harga gula berikutan langkah terbarunya untuk menambah pemberian subsidi sebagai alternatif bagi menampan kenaikan harga barang keperluan berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata langkah menambah subsidi itu antara cadangan utama yang diteliti secara serius kementeriannya sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

Hari ini 1.1.2010 Gula dinaikkan setelah kerajaan berjanji tidak menaikkan harga gula hanya untuk Tahun 2009 sahaja.

GULA NAIK 20 SEN MULAI ESOK.(Berita Hairan)

Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Md Zain Md Dom, sebentar tadi.

Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram.

Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak.

SB : Rakyat telah digula-gulakan oleh Kerajaan BN dengan slogan dan hiburan.... ekonomi teguh, pelabor datang, aman tenteram, Konsert 1 Malaysia... selok kocek... Turrr.