Friday, August 14, 2009
umNO : Demo Geng Muh Yee Din
SB : Peh! Banyaknya pencacai...... lebih 50 000 ekor.
Friday, August 7, 2009
Peringatan : FRU dan SB
“Hampir sahaja sekiranya kamu panjang umur, maka kamu akan melihat sekelompok orang yang pada tangan mereka ada cemeti (cota) yang diikat seumpama ekor sapi mereka berangkat keluar dari rumah dengan kemarahan Allah dan mereka kembali ke rumah mereka dalam kemurkaan Allah”.
Apakah hati kamu puas bilamana kamu berjaya memukul orang-orang tua, membelasah kanak-kanak, menangkap muslimat dan menyemburkan gas kepada para ulamak. Demi Allah kalaupun kezaliman ini tidak dibalas oleh Allah di dunia, kita pasti bertemu di akhirat.
“Kalau kerajaan tidak melayan tuntutan rakyat di jalan raya, kita mesti terjemahkannya dalam pilihanraya”.
dari http://tuanibrahim.blogspot.comThursday, August 6, 2009
Minyak : XPDC Buktikan Pelantar Dalam Perairan Kelantan
Perkara itu disahkan anggota Exco, Datuk Husam Musa yang mengetuai ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala pada 4 dan 5 Ogos itu. Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan. Kedudukannya hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.
Turut sama dalam misi tersebut, Naib Presiden PAS, Datuk Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar, ahli-ahli parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.
SB : Ngaku jelah... bayar 1 billion kat Kelantan. Kan ke umNO pejuang meLAYU...
Inkues : Kematian TBH
Sebahagian daripada keluarga dan saksi yang sedang menunggu untuk memasuki Mahkamah Majistret Shah Alam bagi inkues kes kematian Teoh Beng Hock - foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN
Tuesday, August 4, 2009
Bubar DUN di Bagan Serai
Ramai yang hadir untuk menyertai Progam Bubar DUN. Dari Kawasan Gopeng lebih kurang 60 orang. OK lah tu.... Nak balik kete awak tunjuk perasaan. Terpaksa panggil foreman.
GMI : Pimpinan PR yang Ku Temui.
Dari Pertama Kompleks Tn Guru, DSAI dan Kit Siang pergi ke Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Aku tak ikut pasal tak tau jalan nak balik nanti..
Saturday, August 1, 2009
Demo ISA : Kezaliman vs Keadilan
Aku lihat Salehudin Ayub pun basah baju terkena air FRU. Pedih mata aku pun tak hilang lagi. Ari ni bertuah sebab dapat dua-dua hadiah dari BN. Air dan asap free.(tapi beli pakai duit rakyat)Tadi waktu aku nak balik jam 5.30ptg polis masih menembak gas pemedih mata ke arah orang ramai dan kereta yang aku naiki.
Tak nampak sekor pun ahli Pewaris geng Brahim Ali. Dengar citer dia orang membatalkan demo atas alasan patuh pada arahan polis. Cit... pirah memang takde sape nak berdemo dengan katak..
Oklah.. Ari ni aku letih bangat. Wayar camera aku pun tak tau kat mana. Takleh nak download gambar. Besok nak pegi Bagan Serai.Program "Bubar DUN". InsyaAllah besok aku masuk gambar Hadiah ke 12 daripada kerajaan BN yang zalim. MANSUH ISA!!