Sunday, March 29, 2009
Saturday, March 28, 2009
Penamaan Calon : Buat Penyokong
Kepada yang datang dari utara..keluar ikut Tol Kamunting terus ke Penjara Taiping..JANGAN belok kanan kerana ada roadblock..belok kiri dan parking dekat Sek. Men. Cina atau Sek. Ren. King Edward atau parking diluar Kolej Telekom..dari sana jalan kaki ke Pejabat Daerah Taiping lebih kurang satu km...
Kalau dari Selatan keluar Tol Changkat Jering terus ikut Jalan Air Kuning (depan Markaz PAS Negeri) terus ke Pokok Assam dan masuk ke Lake Garden..parking lah disana dengan sedikit bayaran..datang sekarang dan tidor lah dalam kereta di Lake Garden Taiping...
Kill Nizar : Ini dia Orangnya.
Apa Kata Pelopor Politik Wang UMNO.
Demikian luahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam nukilan peribadinya di blognya semalam.
"Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung Umno kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.Memanglah saya terasa sedih kerananya.
"Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah,"jelasnya.
Menurutnya, perwakilan pemuda memilih ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda.
"Sama ada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.
"Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding,"katanya.
Beliau juga menyindir, betapa tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua.
"Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan Umno,"ulasnya secara sinis.
Tambahnya, Pemuda Umno telah merosakkan imej Umno dan imej orang Melayu sendiri.
"Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia,"tegasnya.
Selain itu, beliau juga mempersoalkan mengenai proses pengiraan undi yang tidak masuk akal.
"Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?
"Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai.
"Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa,"jelasnya lagi.
Pemimpin UMNO: Satu Pertukaran Bukan Perubahan
Memperkudakan Jabatan Kerajaan seperti polis, SPRM , menolak syariat Islam malah menggunakan Raja-Raja untuk mempertahankan UMNO masih tidak berubah.
Menganggap rakyat Malaysia sebagai orang yang tidak bermaklumat. Menyekat kebebasan bersuara (gantung harakah dan SK), menakut-nakutkan rakyat dan akta-akta yang menyekat kebebasan hak (ISA, Akta mesin cetak, AUKU) dan menyeru perkauman.
Sekali lagi APA yang BERUBAH ? Jawapanya ialah UMNO hanya BERTUKAR PEMIMPIN sahaja tapi UMNO tetap seperti dulu...TIDAK BERUBAH.
Friday, March 27, 2009
Ceria...
Alhamdulillah... selamat bertugas wahai petugas-petugas. Terima kasih pada semua dan jangan lupa memohon doa kepada Maha Pentadbir Alam ini.
"Ya Allah kalahkan mereka dan bantulah kami mengalahkan musuh MU ini "
Thursday, March 26, 2009
P59 Bkt Gantang.
Wednesday, March 25, 2009
Beranikah UMNO?
"Masih ada masa untuk Umno ubah nama calon sebab penamaan hujung minggu ini.Saya cabar Umno namakan Zambry, kita nak tengok siapa pilihan sebenar rakyat sebab sebelum ini Umno kata Nizar ditolak rakyat, buktikan dengan calonkan Zambry, kita tengok siapasebenarnya yang dipilih rakyat," ujar Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakah hari ini.
Tuesday, March 24, 2009
Mohammad Nizar Jamaluddin Calon PR (PAS) Bkt Gantang.
Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.
Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.
Merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.
Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak) dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri.
Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.
Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).
Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh sedikit berbahasa Cina dan Tamil.
SUMBER.
Saturday, March 21, 2009
Pengistiharaan Calon PAS di Bukit Gantang.
Siapakah calonnya... Sila datang beramai-ramai.
PS: Jangan lupa bawa payung...hujan.. nanti demam.. susah nak buat koje...
Friday, March 20, 2009
Pak Majid :Semoga Rohnya Di Tempatkan Bersama Orang Soleh.
Wednesday, March 18, 2009
Tuesday, March 17, 2009
Sama tapi tak serupa.
KJ pula didapati bersalah dalam perkara yang sama dibenarkan bertanding bagi Ketua Pemuda UMNO. KJ hanya diberi amaran tapi Ali Rustam dikenakan hukuman tidak boleh bertanding.
Kita masih ingat dahulu Isa Samad kena gantung kerana kes yang sama dan Isa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Wilayah.
Kesalahan yang sama tetapi hukuman yang berbeza dari ketua disiplin yang sama.
Isk isk isk.. SPRM kata rasuah , JK Disiplin UMNO kata politik wang.... keh keh keh...
Pak Samad suruh UMNO cakap orang putih.
Ini kata2 yg keluar dari Pak Samad sendiri... dan Pak Samad mencabar pemimpin kerajaan Umno/BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.
Tidak mustahil isu PPSMI ini akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno, yang dijadual akhir Mac ini.
“Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris,” tegas A Samad.
“Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris,” ujar pejuang bahasa itu lagi.
“Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris,” kata A Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, “Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur”.
Saturday, March 14, 2009
Merdeka Center: Rakyat Malaysia dah meluat kat AMENO.
61 peratus berpendapat rasuah adalah masalah Umno yang paling serius manakala 13 peratus peratus berpendapat masalah kedua Umno yang paling serius ialah kegagalan parti itu memahami masalah rakyat.
Selaras dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap, lemah dan pengecut, para pengundi juga bimbang dengan "pemimpin yang lemah" dan "pentadbir ekonomi yang lemah" dalam Umno.
Dari 1,031 responden itu, 57 peratus adalah orang-orang Melayu, 31 peratus China and 12 peratus India berdasarkan tinjauan rawak.
...bye-bye BN dan ameno.
Siapa yg nak jadi PM Bijan ke Big Mama..
PUTRAJAYA, March 13 - Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Malaysia's next prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak, said today it is his destiny to lead the country, despite opposition attempts to link him to corruption and murder.
In an interview with The Associated Press, Rosmah said the attacks on her husband have made the couple more mature and stronger.
Najib is scheduled to take over from current prime minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi early next month. -Malaysia insider.
Thursday, March 12, 2009
SPRM : Tektik lama.
PETALING JAYA: Selepas seminggu menahan setiausaha politik, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'menyerbu' pejabat Menteri Pelancongan (Azalina) di ibu negara pagi semalam.
Tiga pegawai SPRM menghabiskan hampir tiga jam untuk mendapatkan bukti susulan dipercayai berhubung amalan politik wang menjelang pemilihan Umno hujung bulan ini.
Rabu lalu, SPRM menahan pegawai tersebut - setiausaha politik, didapati membawa bersama wang tunai RM75,000 dalam keretanya.
mStar.
Saturday, March 7, 2009
Kes SONGLAP...
Semangat Besi
Dulu teman selalu merapu dalam blog Gigi besi. Tapi la ni blog tu dah destroy.. ngape entah. Jadi teman ambik semangatnya besi. Meminjam semangat yang di pamerkan oleh Raja Shariman bin Raja Aziddin pengarca negara. Teman peminatnya tapi bukan art collector. Satu arca RM45 000... mana ada duit. Sori Man... jangan luper jemput untuk pameran "21 century". Bagi kawan dan lawan kita bertemu kembali.. TAKBIR!!!