Friday, March 20, 2009

Pak Majid :Semoga Rohnya Di Tempatkan Bersama Orang Soleh.

Semalam lebih kurang jam 3.20 pagi ana dikejutkan dengan bunyi talipon.Ana melihat tertera nama zaujah Pak majid. Ana mengagak ada sesuatu yang ingin diberitahu. .. "Innalillah... " jawab ana apabila berita itu disampaikan. Ana terasa sebak kerana beliau memang rapat dengan ana.Pak Majid adalah ahli PAS seumur hidup PAS Cawangan Gopeng telah pergi meninggalkan alam ini. Ana pun menghantar mesej kepada sahabat-sahabat sehingga jam 5.00 pagi. Selepas subuh ana dan isteri pergi menziarahi jenazahnya di rumah bapanya di Batu 8, berdekatan surau Al Falah. Kami menyerahkan wang pendahuluan Tabung Kebajikan daripada PAS Caw. Gopeng. Jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Tanjung Rambutan. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Kepada keluarganya PAS Cawangan Gopeng mengucapkan takziah dan bersabar. Al Fatihah.

1 comment:

  1. blog gigi besi dah missing, yang tinggal gigi besi dalam kenangan. boleh di buka bila-bila masa...

    ReplyDelete