Thursday, October 8, 2009

PD : Jasa Mansuh Isa Patut Di Nilai.




Den pernah ke PD di bawa oleh sahabat yang duduk di Senawang, masa tu Mansuh Isa jadi MB N9. Masa tu dah den merungut, awat la pantainya kotor. Air longkang senua dihalakan ke pantai. Baru-baru ni den pergi lagi semasa penamaan calon, alahai.... makin toghok.. Kalau nak banding dengan PCB Kelantan.. memang Isa patut di MANSUHkan.. dari N9.


Wednesday, October 7, 2009

PR menuju Kejayaan.

Image

SHAH ALAM, 7 Okt: PAS dapat mencapai lima kata sepakat dengan DAP selepas perbincangan hampir tiga jam dan berazam akan mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ada akan kekal sepanjang zaman.

Kelima-lima keputusan itu adalah:

1) Berusaha mengelakkan percanggahan pendapat antara mereka.

2) Mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ada kekal sampai bila-bila.

3) Pertahankan kerajaan yang ada dari angkara anasir pemecahbelah perpaduan antara mereka.

4) Menyedari bahawa ada banyak ruang kerjasama antara mereka dan yakin dengan semangat setiakawan semuanya akan berjaya diselesaikan.

5) Pertemuan sebegini akan diadakan lagi selepas ini dan melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut menjadi komponen Pakatan rakyat.

PAS dan DAP Selangor memulakan mesyuarat meja bulat mereka di sebuah hotel dekat Shah Alam mulai jam 2 petang tadi.

Mesyuarat ini dihadiri oleh pemimpin kanan dari kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat itu untuk menyelesaikan perbezaan pendapat yang sering berlaku antara mereka khasnya di dalam media.

Delegasi PAS dipimpin oleh Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hassan Ali manakala DAP dipimpin oleh Teresa Kok.

Turut menyertai mesyuarat ini adalah para timbalan pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Osman Bin Hj Sabran, Iskandar Samad dan Dr Che Rosli Bin Che Mat), Setiausaha Perhubungan (Khairudin Othman), Ketua Penerangan (Roslan Shahir) dan Bendahari (Hj Ahmad Yusof Bin Ludin) PAS Selangor, Ketua Ulama, Pemuda dan Muslimat.

Di pihak DAP pula, selain Teresa Kok adalah Ronie Liu, Ean Yong Hian Wah dan beberapa orang lain lagi.

SB : Teruskan menegakkan Keadilan Islam.

RASUAH : Isa, Khairy, Mahathir ,Anwar dan SPRM

Khairy Jamaludin Abu Bakar meminta polis menyiasat Anwar Ibrahim atas dakwaan berkanun Nalakurapan (1999) kerana memiliki wang RM 3billion. Khairy juga pernah didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin umNO kerana menggunakan wang dalam pilihanraya umNO untuk merebut jawatan KP umNO Malaysia.

Mansuh Isa calon Bagan Pinang pula mendakwa, penggunaan wang dalam umNO bukan rasuah. Ia cuma melanggar kod etika pertandingan. Manakala Tun Mahathir memboikot kempen di Bagan Pinang kerana tetap berpendapat Mansuh Isa adalah calon rasuah. Walaupun Tun Mahathir juga mengaku rasuah kadang kala perlu untuk mempercepatkan sesuatu. (Penin aku... )

SPRM pula macam mana ? Mereka pasti mempunyai tatacara penyiasatan mereka. Yang pasti dan memang pasti Khariy dan Mansuh Isa pasti tidak disiasat walaupun terang-terang didapati rasuah. Mungkinkah Anwar Ibrahim akan dipanggil semula untuk disiasat ? Cumanya, pastikan Anwar Ibrahim tidak dibawa ke Tower 13.....

Monday, October 5, 2009

Mansuh Isa : Saya Tak Perlu Jadi Exco.



"Saya tidak dijanjikan apa-apa jawatan, saya dah jadi Menteri Besar tak perlu nak jadi exco.

"Bagi saya tak ada apa-apa mengenai isu ini, saya bertanding untuk berkhidmat kepada orang kampung saya... itu sahaja," katanya ketika ditemui semasa menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Kesatuan Pekerja-Pekerja Awam Angkatan Tentera Malaysia (Kesatria) dan Kelab Kakitangan Kementerian Pertahanan Negeri Sembilan (Kakep NS) di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

SB : Nampaknya Mansuh Isa nak jadi MB je. Jawatan exco tak mainle... Mat Asan mu jaga-jaga. Mansuhkan Isa sebelun Isa mansuhkan kamu.

Ganu Kite : Bumbung Masjid pula Runtuh.

Image

Bumbung masjid yang berharga RM2.1 juta itu runtuh kira-kira jam 9 pagi Sabtu lalu dalam suasana cuaca baik tanpa ribut atau gempa bumi, menyebabkan tiga pekerja warga Indonesia yang sedang membaikinya cedera, seorang daripadanya parah.

Harakahdaily difahamkan, kerosakan di beberapa bahagian masjid itu termasuk bumbung dan siling telah dikesan sejak ia mula digunakan November tahun lalu tetapi aduan penduduk tidak diberikan perhatian oleh pihak berkenaan.

Bekas Adun Air Putih berkata, banyak projek pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan BN terutama pada penggal lepas sebenarnya lebih mengutamakan kroni daripada kepentingan rakyat.

SB : Itulah bahayanya rasuah. Pengundi Bagan Pinang jangan pilih calon rasuah. BN tak boleh dipisahkan dari rasuah. Dulu bumbung makmal sekolah runtuh, kemudian bumbung stadium runtuh, La ni bumbung masjid pula runtuh. Kita doakan lepas ni UBN pula runtuh...amin.

Bukti Bergambar Azeez di Pukul.

Ust Idris Ahmad mendedahkan pembohongan Azeez Mat Rempit yang menyatakan dia di pukul oleh Penyokong PAS. Ust Idris Ahmad yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azeez adalah tidak benar apabila mendedahkan tiga keping gambar yang menunjukkan situasi sebenar semasa hari pencalonan tersebut.

Image









Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS.


Image









Gambar 2: Azeez dicuit dan disapa oleh salah seorang penyokong PAS.


Image









Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden.

SB: Azeez lakonan kau tak jadi. Lain kali bila orang PR pegang buatlah muka berkerut atau buat-buat jatuh terguling. Baru real... azeez oiiii.. Balik rumah berlatih lagi... dijangkakan PRK ada banyak lagi...


PAS berpendapat Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim layak dianugerahkan Tokoh Kontroversi Umno 2009 ekoran dakwaan Ketua Putera Umno itu kononnya dipukul lapan Pemuda PAS pada hari penamaan calon, di sini.

"Azeez datang kepada saya mengatakan dia dipukul oleh 8 orang pemuda PAS dalam wajah yang senyum, tiada kesan pukul, bajunya puteh bersih waktu menunggu pengumuman SPR." Kata YB Salahudin Ayub.

SB : 8 orang pukul, hanya cedera ringan aje. Hebat le ekau Azeez, layak jadi ketua Mat Rempit. Lepas tu balik rumah baru pitam, lepas cek doktor darah naik 165/95. Ekau makan kambing kat Telok Komang kot... Lawak botol ekau Azeez. Pocah poghot den... golak.

Shahbudin pecah tembelang...

Datuk Shahbudin Yahya (Adun Permatang Berangan) memberitahu, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menghantar surat perkenan melantik bekas Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia, Ellias Zakaria sebagai YDP MAIPP yang baru mengantikan beliau tapi dalam masa yang sama beliau tetap memegang jawatan tersebut.

Beliau berkata begitu kerana KM Pulau Pinang menyatakan akan melantik Adun Permatan Pasir untuk jawatan YDP MAIPP jika menang di Permatang Pasir.

SB : Kalau hang kata Agong dah lantik orang lain., hang keluarlah dari Pejabat MAIPP tu. Hang dah kantoi Shahbudin...

Macam UBN baru nak perintah.

Tadi, masa aku nak keluar pegi sembahyang, tertengok TV 3 suku tengah siarkan temuramah Mansuh Isa calon recycle umNO di N31 yang katanya akan menyelesaikan masalah perumahan di Bagan Pinag yang 7 tahun tidak selesai.
"Ini kerja sayalah untuk membantu mereka," lebih kurang macam tulah kata Mansuh Isa.
Aik... kan ke dah 52 tahun Adun UBN menguasai Bagan Pinang. Menunjukkan BN tak pernah nak peduli hal rakyat melainkan bila ada Pilihanraya, barulah tunjukkan muka. Dah menang, tak usah harap nak turun padang. Perangai ni rakyat dah tau. Rakyat Bagan Pinang akan Mansuhkan Isa.

Saturday, October 3, 2009

Penamaan Calon 999.

PAS akan bertemu BN dalam PRK 9, di Negeri 9 pada 2009. Aku, Bakar dan Hj Muzil bergerak dari rumah jam 4.20 pagi untuk ke sana. Sampai PD jam 8.00 pagi. Nak pekena roti canai kat Telok Kemang... alamak.. dah sold out. Terpaksa jalan kaki 5km utk ke pusat penamaan calon. Ramai penyokog Kelab BN (India) didatangkan dari Johor. Pelik sungguh MIC mana pegi. Peyokong PR terdiri dari pelbagai kaum. Aku bisik kat Bakar, dulu payah nak tengok kaum Tionghua dan India usung bendera PAS. La ni bersepah... Alhamdulillah, mereka tidak takut lagi pada Islam. Mereka tahu Islam membawa keadilan untuk semua. Di bawah ni gambar yang sempat aku download.


Posing habis...




Peh!!! Seyumlah ckit brader...


Ni.. Bunk face mana pula bergaya dengan Bob nie.



Oii... macam ni ke nak pegi penamaan calon




Duit, duit, duit dimana kau duit....



Ni dia penyokong PR.
Nanti aku download gambar Mr Burn dan Orang PAS di Kawasan Gopeng yang aku ketemui.