Saturday, January 9, 2010

umNO dan undang-undang ALLAH

Sepatutnya tiada yang ganjil penggunaan nama Allah sebagai Tuhan sekalian Alam. Setiap hari umat Islam wajib membaca "Alhamdulillahirabbilalamin" iaitu ayat dalam al Fatihah sebagai salah satu rukun Qauli dalam sembahyang. Umat Islam mengaku bahawa Allah adalah Tuhan bagi Sekalian Alam. Alam tentulah bukan orang Islam sahaja tetapi semua makhluk yang ada di bumi dan di langit dan diantaranya.

Peliknya umNo beriya-iya mempertahankan isu ini, sedangkan undang-undang yang Allah suruh laksanakan ditolak dan digantikan dengan undang-undang yang disediakan oleh orang yang beragama Kristian (Lord Reid).

Hisyamudin (Menteri KDN) sanggup menggunakan ISA untuk menyelesaikan masalah ini. AlHusseyn telah menyenaraikan nama yang sepatutnya ditangkap. Walaupun aku tak setuju dengan ISA untuk mereka, tetapi AlHusseyn mempunyai bukti yang kukuh.

Hamidah Osman pula menggunakan blognya untuk mengutuk PAS dan menyiarkan gambar Khalid Samad sebagai paderi yang memakai lambang PAS. Tiada satu hujah ayat Quran dan petikan Hadith Nabi Muhammad saw yang digunakan oleh YB Sg Rapat ini, melainkan menggunakan hujah akalnya semata-mata untuk menyatukan melayu yang semakin layu untuk menyokong umNO terutamanya di Sg Rapat.

Apa yang jelas, umNo cuba lari dari masalah sebenar. Mereka menggunakan isu ini di dada akhbar untuk melupakan rakyat tentang kenaikan gula, enjin jet hilang, kes Teoh Beng Hock, PKFZ, isu kudeta di Perak, Altantuya, kes jenayah, kes buang anak dan seribu jenis masalah yang umNo tak boleh nak jawab dan selesaikan. Itulah perkara yang sebenarnya disorok dibelakang isu ini.

SB : Harap Kak Midah boleh tarik semula gambar dalam blognya.. kerana ia telah mengkafirkan orang yang tidak kafir...

1 comment:

  1. Salam ya akhi,

    Teman copy paste article ini, untuk blog teman. Hari ini malas untuk tulis.

    ReplyDelete