Friday, March 12, 2010

Tumpang Sekaki

Align Center
Alhamdulillah, aku yang dok di Perak ni tumpang sekaki doa Tok Guru dan Rakyat Kelantan yang menunaikan solat Istiqa'. Dimaklumkan bahawa sebaik sahaja Tok Guru memulakan sembahyang, hujan mulai turun.

Aku kat sini, pagi tadi nampak gelap, lepas Jumaat hujan turun. Syukur kepada Allah. Al Quran menceritakan (Surah Ar Rum 41) bahawa kerosakkan atas muka bumi ini adalah disebabkan oleh tangan manusia.

Walaupun ramai manusia mengatakan mereka dipihak yang betul tetapi hakim yang sebenar penentu kebenaran adalah Al Quran dan Hadith Nabi SAW. Oleh itu marilah kita kembali kepada Al Quran dan Hadith secara keseluruhannya.

Nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran. Menghidup, menghadiri dan mempelajari ilmu yang benar sumbernya terutama yang berkaitan dengan Aqidah. Semoga kita di selamat daripada azab Allah di dunia dan di Akhirat dengan petunjuknya. Amin.

2 comments:

  1. alhamdulillah....mgkin ini berkat dprd nik aziz. sata rasa dia ni dah setaraf wali sehinggakan seliparnya diambil utk mendapat berkat.kesian nik aziz,terpaksa beli selipar baru,tapi takpa sbb ramai yg nak sponsor.hehehe....
    agak2nya, klu spender nik aziz tersidai kat ampaian ada org yg nak ambil x?

    ReplyDelete
  2. saya tggu2 jgk komen & nasihat dr cikgu.tlglah sedarkan saya yg dah hilang arah ni......

    ReplyDelete