Sunday, July 12, 2009

MU : Dr Mohd Asri Zainul Abidin



“Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun"

ps : Teman lame dah tau..

Rumah Khir : Komen Che' Det


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kontroversi banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, boleh menjejaskan moral Umno dan BN.

Sehubungan itu beliau menggesa Dr Mohd Khir supaya menjelaskan punca pembiayaan rumah beliau yang dikatakan bernilai RM24 juta itu.

"Beliau perlu menjelaskan di mana beliau memperoleh wang... tak bolehlah kata RM3 juta. Saya pun ada rumah juga, rumah saya RM1 juta saya belanja di The Mines, rumah dia berapa kali besar daripada (rumah) saya," katanya.

ps: kih!kih!kih!..lu talak pecaya ka..

Friday, July 10, 2009

Keputusan Undian di mstar online.













Siapakah yang dijangka memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan?

Calon BN: Tuan Aziz Tuan Mat
13.7%

Calon Pas: Mohd. Fauzi Abdullah
86.3%

Thursday, July 9, 2009

Katak Hilang

Jamaludin dan Osman diberitakan tidak dapat dihubungi oleh umNO. Dipercayai dia tersalah lompat, terlompat dalam perigi buta. Mungkin kecewa dengan janji-janji umNO yang tidak ditunaikan.
Walau bagaimanapun Zamry menafikan berita itu dan menyatakan 2 pakar lompat itu masih melompat-lompat dalam kuali umNO. Gambar tidak dapat ditunjukkan kerana takut katak-katak itu melompat keluar dan sukar untuk ditangkap. Begitulah adanya. Arakian.

PPSMI : Ngaku pencapaian merosot.


Muhyidin Yasin mengaku, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

"Malah jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan," katanya.

ps: Dulu Hisyamuddin tipu le... 1 Malaysia kena tipu kecuali Syazril Wong.

Tuesday, July 7, 2009

Calun Pilihan umNO.


Sejak dua menjak ni, korang perasan tak umNO suka mencalonkan, calon pilihanraya seperti seorang mamak. Yang terkini calon umNO di Manik Urai. Aku tengok macam adik bradik Zamry je... Ari tu kat Pematang Pauh memang sah mamak. Lawan Nizar di Bkt Gantang pun macam mamak juga. Mamak Zambry dijadika MB Perak. Adakah mamak salah...tak. Yang salah umNO.

ps: teringat kat mamak Mahathir..

MB Perak : Sebulan lebih baru keluar penghujahan

Setelah berjanji kepada Peguam Sulaiman Abdullah untuk mengeluarkan penghujahan bertulis dalam tempoh seminggu, kini barulah penghakiman bertulis dikeluarkan setebal 115 muka surat oleh hakim Mahkamah Rayuan berkenaan . Setelah mengambil sebulan lebih dan hampir diadakan pembicaraan di Mahkamah Persekutuan dalam kes MB Perak pada 9 dan 10 Julai ini .

Pada 22 Mei, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Raus Sharif, Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop telah memutuskan dalam bacaannya sekitar 4 minit memutuskan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah, yang mengubah keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menyebelahi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi pada 11 Mei sebelum itu.

ps : penghujahan yang tiada fakta

Saturday, July 4, 2009

Markas Polis : Gangguan di Manek Urai.


Orang ramai merungut bekalan elektrik di Manek Urai dan Laloh sering terganggu sehari dua ini.

Kata mereka gangguan tersebut kemungkinan berpunca daripada penggunaan alat penghawa dingin di markas sementara polis yang mulai digunakan sekarang.

Gangguan bekalan elektrik berlaku semalam mulai jam 5 petang sehingga 7.30 malam. Biar pun kaunter aduan Tenaga Nasional Bhd dibina di kampung Manek Urai Baru, nampaknya masalah gangguan bekalan elektrik masih berlaku.

ps :Kalau ceramah PR.. polis tak beri permit kerana menganggu ketenteraman awam. Yang ini pun kira ganggu juga. Tak payah pasang aircorn. Baru nampak lasak sikit...

Kereta : Perkara Membazir Yang Biasa Dilakukan.



Perkara biasa yang kita lakukan diwaktu pagi. Start enjin kereta. Dimanakah kita dapat ilmu ini ? Tiada sebarang manual kereta yang menyuruh kita berbuat demikian. Inilah satu ilmu yang kita warisi turun temurun. Amalan biasa ini , mesti kita berhentikan. Setiap pagi, beribu-ribu atau berjuta orang akan melepaskan CO2 dengan program memanaskan enjin setiap pagi.

Memang betul enjin kereta akan semput jika terus dibawa. Ada cara untuk mengatasinya, iaitu dengan memulakan pemanduan dengan perlahan (tidak terus memecut). Jika anda dapat melatih kereta anda setiap pagi begitu, InsyaAllah kereta anda membiasakan dirinya dan tidak semput lagi. Macam cerita 'White Dog'. (Kalau x tengok pun tak per)

Selain kita dapat mengurangkan pencemaran alam, kita juga dapat menjimatkan minyak. kalau kita memanaskan enjin 10 minit. Mungkin kita menggunakan minyak hanya 10 titik, tapi jika berjuta orang... sendiri mau ingat (pinjam kata Nabil). Bukankah ini satu pembaziran!!

Oleh itu mari kita berubah. Jangan jadi orang lame umNO yang tak mau berubah. Nak yang lame juge. Bezanya umNO melibatkan aqidah, yang ini untuk mengurangkan pencemaran bumi kita. Bukankah ini juga satu tanggungjawab..... Semoga boleh berubah.

ps : 1o titikminyak pun... kena bayor juga.

Wednesday, July 1, 2009

Yuran Sekolah : 1 Malaysia Kena Tipu.

Pagi tadi anak aku nak ke sekolah minta yuran. Sekolah menengah minta RM 70.00 dan yang sekolah rendah minta RM18.00.
"Yuran. Kan ke tak payah bayar yuran," kata aku, buat-buat tak tau.
"Kena ayah. Ada ayah.. ada surat dari sekolah." jawab anak aku.

Sebenarnya memang aku dah baca surat tu. Bayar yuran ni.. dari dulu aku dah bayar. Bila Tok Hisyam kata tak payah bayar pun.. aku bukan nak percaya sangat. Menteri umNO BN memang suka menipu. Bila musim P'Raya..semuanya manis mulut, sanggup berujan berembun. Kat Manek Urai..sanggup pegi motong getah.

Berbalik pasal yuran. Pihak sekolah terpaksa berdepan dengan ibu bapa. Buang masa dan tenaga untuk "backup" Kementerian Pelajaran. Menterinya pun dah pindah. Menteri sekarang (Tan Seri Muhyidin Yasin)terpaksa memikul beban yang ditinggalkan. Memang dia orang nak pekena dia kot.. Apahal pun 1 Malaysia kena klentong pasal yuran..

ps: kecuali Pak Hasyim...