Monday, November 30, 2009

TG Nik Abdul Aziz Makin Teruk...


Sejak dua menjak ni, nama Tok Guru menjadi sebutan di media massa (cetak n elektronik) samada disebelah PR atau BN. Tok Guru dah lama berpolitik. Semakin banyak kata-kata Tok Guru yang menusuk kalbu. Menyebabkan UBN cuba membunuh karektor Tok Guru yang dikenali orang berilmu dan beramal dengan ilmunya.

Ilmu dan amal yang dimilikinya menyebabkan Tok Guru makin teruk diserang oleh UBN. Kisah Kerajaan Perpaduan, Kisah menantunya, kisah penajaan Haji dan Terkini kisah doanya yang menjadikan Tok Guru mempunyai aura yang menerukkan UBN. UBN pulaterpaksa menggunakan Tok Peti dan golongan mamak untuk membunuh karektor Tok Guru, satu karektor ulamak pewaris para nabi yang dianugerahkan oleh Allah swt.

Sebelum ini juga, golongan Tok Peti dan mamak ini juga selalu digunakan untuk menyerang Tok Guru. Mereka bercakap atas akhlak Islam ke atas Tok Guru yang sememangnya dah berakhlak. Tok Peti dan mamak ni, tidak pernah mempersoalkan rasuah , penipuan, penindasan, kezaliman dan entah apa binatang lagi (pinjam kata-kata Ust Hj Ramli Wahab dlm khutbah rayanya) kemungkaran yang dilakukan oleh UBN. Mereka menjadi "syaitonuakhras".

Tok Guru pernah menyatakan Allah Taala itu samseng. Tok peti dan golongan mamak inilah yang bersuara untuk menunjukkan betapa berhemahnya mereka. Pendek kata kalau Tok Guru bersuara merekalah tukang sanggah dan disebalik sanggahan itu menampakkan mereka "pengampu" kepada pemimpin umNO.

Apa pun Tok Guru tetap macam tu, makin teruk diserang semakin bisa ucapannya. Sebelum ini teman tidak dapat melihat perwatakan Islam yang menyeluruh. Dulu masa kecik-kecik hanya diajar bab ibadah sahaja. Bab akhlaknya bila lalu depan orang tua kena membongkok. Jumpa orang kena salam. Bab haram halal ni babi ngan anjing je. Semoga Tok Guru sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik dan akal yang bernas.

SB : Tunggu Agus jemput Tok Guru dan Harussani dalam Hujah. Tok Guru dah bagi jawapan sedia untuk bertemu sesiapa untuk mendapatkan penjelasan...

Monday, November 23, 2009

SERINGGIT For Palestine


Khamis,19/11/2009 – Hamas melancarkan kempen ziarah rumah ke rumah pada hari Selasa dengan member manisan sebagai tanda kasih dan penghargaan di atas pendirian teguh dan pengorbanan yang dilakukan oleh rakyat walaupun sedang disekat dan diserang oleh pihak Zionis.

Kempen ini merupakan yang terbesar pernah diadakan dan bertujuan membawa kegembiraan di dalam hati rakyat Gaza di masa kesusahan ini. Pegawai Tinggi Hamas Osama al-Muzaini memberitahu agensi berita Safa bahawa kempen ini telah dirancang sejak 2 tahun lalu dan telah pun dilaksanakan di beberapa tempat di bahagian utara dan Khan Younis.

SB : Blogger mana nak mulakanSERINGGIT untuk Palestine ...

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Hilup Susah, Mati pun Susah.

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 22 Nov: Bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh Beng Hock bermula di Hospital Sungai Buluh hari ini dengan diketuai oleh Ketua Patologi hospital itu, Dr Shahidan Mohd Noor.

Bedah siasat ini diperhatikan oleh dua pakar dari luar negara iaitu Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan Dr Peter Vanezis, pakar patologi yang turut serta dalam bedah siasat inkues mayat Princess Diana, dari Britain.

Dr Pornthip dilantik oleh kerajaan negeri Selangor manakala Dr Peter dilantik oleh SPRM.

Mayat Teoh telah digali semula setelah lebih empat bulan dikebumikan di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih pagi semalam.

Satu upacara keagamaan diadakan terlebih dahulu seawal jam 9.00 pagi sebelum dikeluarkan selepas 2 jam penggalian.

SB : Hidup zaman BN ni memang kacau, Siasat sampai mati, dah mati, korek, siasat lagi..

Friday, November 20, 2009

Wednesday, October 21, 2009

Zambry Pecah tembelang.

Mat Furqan ingat aku tentang hujah di TV 9 semasa tengah melepak kat masjid. Bila aku sampai rumah siaran dah mula. Terus duduk tengok bagaimana Dr Zambry Ghandi berpusing-pusing untuk menjawab soalan Prof Agus.

Zamry tak dapat nak sebut berapa juta pelaburan di Perak semasa pemerintahan haramnya. Melainkan katanya 60 juta di beri oleh Kerajaan Pusat (BN).

Pecah juga tembelang. Kerajaan haram bimbingan Zambry mengharapkan wang rakyat di Kerajaan Pusat untuk memerintah.

SemBesi: Patutlah bau busuk, baru pecah tembelang. Nampak gayanya DUN Perak terpaksa dibubar.

Tuesday, October 20, 2009

PR : Kerana Mulut Parti Binasa

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini memutuskan semua perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti harus diselesaikan menurut saluran yang betul sama ada di peringkat negeri ataupun pusat.

Langkah lain yang turut dipersetujui pada mesyuarat tersebut adalah supaya pimpinan tertinggi parti mengarahkan kesemua ahli parti masing-masing supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan ketiga-tiga parti dalam pakatan itu.

"Ketiga-tiga pimpinan parti telah memberikan arahan cukup jelas dan tidaImagek akan bertolak ansur dengan mana mana usaha ataupun kenyataan yang dikeluarkan yang boleh menyebabkan keruhnya hubungan antara parti di peringkat bawah," kata nya lagi.(DSAI)

Bagi memperkasakan lagi hubugan ketiga-tiga parti, Pakatan Rakyat juga mengumumkan untuk mengadakan Konvensyen Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 dan 13 Disember ini bertempat di Shah Alam.

Besi : Keputusan yang lama ditunggu-tunggu oleh penyokong PR. Harap tiada lagi kenyataan yang menyusahkan pejuang PR. Musuh kite umNO dan BN....

Tuesday, October 13, 2009

Jom Kite!


Dijemput semua hadir.

Sunday, October 11, 2009

PRK Bagan Pinang : Keputusan 7 - 1

Keputusan tidak rasmi semasa menunjukkan BN mendahului PAS di Bagan Pinang. Oleh itu jika keputusan ini diumumkan maka keseluruhan liga PRK berkeputusan PR( 7) - BN (1) di Semenanjung Malaysia. Kalau satu MalaysiaPR( 7) - BN ( 2).

BN : 7821
PAS : 2490
Majoriti : 5331
Undi Rosak : 84

Jumpa Lagi di PRK Siputeh, Kedah.

10.00 pagi : 23.9 % Telah Kuar Mengundi.

Penyokong PAS dan BN "berperang mulut" antara satu sama lain di SK Si Rusa

walaupun hujan suasana tetap panas dan terkawal.