SB: Ini bukan anak aku, tapi anak jiran sebelah aku. Cg Yus.(Penyelaras PKG Gopeng) Aku juga ucap Alhamdulillah dapat berjiran baby kembar... bapanya tengah penin cari nama. Siapa apa cadangan boleh bagi...
Saturday, January 9, 2010
ALHAMDULILLAH DAPAT ANAK KEMBAR.
SB: Ini bukan anak aku, tapi anak jiran sebelah aku. Cg Yus.(Penyelaras PKG Gopeng) Aku juga ucap Alhamdulillah dapat berjiran baby kembar... bapanya tengah penin cari nama. Siapa apa cadangan boleh bagi...
umNO dan undang-undang ALLAH
Sepatutnya tiada yang ganjil penggunaan nama Allah sebagai Tuhan sekalian Alam. Setiap hari umat Islam wajib membaca "Alhamdulillahirabbilalamin" iaitu ayat dalam al Fatihah sebagai salah satu rukun Qauli dalam sembahyang. Umat Islam mengaku bahawa Allah adalah Tuhan bagi Sekalian Alam. Alam tentulah bukan orang Islam sahaja tetapi semua makhluk yang ada di bumi dan di langit dan diantaranya.Peliknya umNo beriya-iya mempertahankan isu ini, sedangkan undang-undang yang Allah suruh laksanakan ditolak dan digantikan dengan undang-undang yang disediakan oleh orang yang beragama Kristian (Lord Reid).
Hisyamudin (Menteri KDN) sanggup menggunakan ISA untuk menyelesaikan masalah ini. AlHusseyn telah menyenaraikan nama yang sepatutnya ditangkap. Walaupun aku tak setuju dengan ISA untuk mereka, tetapi AlHusseyn mempunyai bukti yang kukuh.
Hamidah Osman pula menggunakan blognya untuk mengutuk PAS dan menyiarkan gambar Khalid Samad sebagai paderi yang memakai lambang PAS. Tiada satu hujah ayat Quran dan petikan Hadith Nabi Muhammad saw yang digunakan oleh YB Sg Rapat ini, melainkan menggunakan hujah akalnya semata-mata untuk menyatukan melayu yang semakin layu untuk menyokong umNO terutamanya di Sg Rapat.
Apa yang jelas, umNo cuba lari dari masalah sebenar. Mereka menggunakan isu ini di dada akhbar untuk melupakan rakyat tentang kenaikan gula, enjin jet hilang, kes Teoh Beng Hock, PKFZ, isu kudeta di Perak, Altantuya, kes jenayah, kes buang anak dan seribu jenis masalah yang umNo tak boleh nak jawab dan selesaikan. Itulah perkara yang sebenarnya disorok dibelakang isu ini.
SB : Harap Kak Midah boleh tarik semula gambar dalam blognya.. kerana ia telah mengkafirkan orang yang tidak kafir...
Friday, January 8, 2010
AlFatihah : KC Pekan Razaki.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Sg Rokam. Sebelum tu kat rumah YB Chang Ming Kai pun ada. Kat mesjid PJ, SU dan Bendehari PAS Neg Pk pun ada. Jasa ayahanda sangat besar dalam mengembang dan membantu PAS Kawasan Gopeng dan ada menyumbang untuk bangunan Pej PAS Perak. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT. Amin. Al Fatihah.
Saturday, January 2, 2010
Pemuda umNo buat Lawak Awal Tahun 2010
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini membantah kenaikan harga gula yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam.Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dalam satu kenyataan media menegaskan perkara ini tidak patut berlaku walaupun kenaikan sekadar 20 sen ia tetap memberi impak negatif serta kesengsaraan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.
"Di saat dunia menjangkakan ekonomi akan beransur pulih, rakyat dikejutkan dengan kenaikan mendadak ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, Pemuda Umno berharap kenaikan harga gula dapat dibatalkan atau ditangguhkan demi menghayati konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan-mStar.
SB :"Adus... besarrr punya lawak"
Friday, January 1, 2010
Gula-Gula BN untuk Gulakan Rakyat.
Kerajaan BN menepati janjinya tidak menaikkan harga gula sebelum 2010 seperti kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan Datuk Seri Ismail Sabri seperti dilaporkan BERNAMA.HARGA GULA TIDAK NAIK , BEKALAN DIJAMIN CUKUP – ISMAIL SABRI
KUALA LUMPUR, 2 0gos (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bekalan gula di negara ini mencukupi serta tiada kenaikan harga akan berlaku sehingga akhir tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengingatkan peniaga agar tidak menyorokkan bekalan gula untuk meraih perhatian kerajaan bagi menaikkan harga gula.
Berita Hairan pula melaporkan :
18 Jan – KERAJAAN TAMBAH SUBSIDI ELAK HARGA GULA NAIK – berita hairan
KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin membatalkan hasrat menaikkan harga gula berikutan langkah terbarunya untuk menambah pemberian subsidi sebagai alternatif bagi menampan kenaikan harga barang keperluan berkenaan.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata langkah menambah subsidi itu antara cadangan utama yang diteliti secara serius kementeriannya sebelum dibentangkan kepada Kabinet.
Hari ini 1.1.2010 Gula dinaikkan setelah kerajaan berjanji tidak menaikkan harga gula hanya untuk Tahun 2009 sahaja.
GULA NAIK 20 SEN MULAI ESOK.(Berita Hairan)
Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh negara sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Md Zain Md Dom, sebentar tadi.
Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.45 sekilogram.
Kenaikan itu menjadikan harga gula di Semenanjung bermula 12 tengah malam ini, RM1.65 sekilogram manakala RM1.75 bagi Sabah dan Sarawak.
SB : Rakyat telah digula-gulakan oleh Kerajaan BN dengan slogan dan hiburan.... ekonomi teguh, pelabor datang, aman tenteram, Konsert 1 Malaysia... selok kocek... Turrr.
Sunday, December 27, 2009
PMR : Terima Kasih Cikgu.
Pada sesiapa yang marahkan cikgu (terutamanya kes Kuala Dipang) harap boleh memikirkan pengorbanan guru. Kem 1 Malaysia tajaan orang atas bukannya kehendak guru. Sekolah digunakan untuk kepentingan politik. Kalau berjaya nama orang atas (pembodek) akan cepat naik pangkat. Kalu jadi macam Tragedi K.Dipang guru jadi mangsa. Dulu, kini dan selamanya umNO berperangai macam tu.
Bagi calon PMR yang tak berapa cemerlang, jangan putus asa. Balun untuk SPM. Masa ada 2 tahun lagi. Teman doakan semoga mengkome semua berjaya.Cume sekarang ni , aku tengah pikir. Apa hadiah nak bagi walaupun anak aku tak minta apa-apa. Aku ingat nak beli badan jet F5e yang hilang enjinnya. Buat apa kalau enjin takder. Takkan nak pakai enjin Honda c50 kot.
Saper-saper ada cadangan boleh le kemukakan. Aku tengah mikior ni...
Monday, December 21, 2009
KPI : MP PONTENG.
Isu ni dah lama kalau ikut peredaran masa kini. Aku taknak tulis awal, pasal aku marah kat MP yang tak hadir sidang Parlimen. Tambah-tambah lagi kat MP PAS. Jadi aku “positive thinking” kata orang putih. Bahasa tasaufnya “sangka baik”lah.Aku tunggu beberapa hari untuk tengok dia orang punya jawapan. Kalau mereka pergi “masuk jawi” aku tak kisahlah. Pada aku kira alasan kukuh., Tapi kalau pergi kenduri atuk “masuk jawi” ini kira tak patut. Tapi soh je ! Hanya sorang dua je yang beri alasan, tu pun alasan tak masuk otak!!
MP BN aku tak kisah. Mereka memang khidmat untuk perut sendiri, rakyat diperlukan bila ada untung kat mereka. Ni…. Yang MP PR ni. Dah tebal telinga aku dengar , kami ni mewakili rakyat. Kami ni suara rakyat. Bila dapat ke Parlimen , PONTENG. Aku syorkan mereka ni di potong gaji.
Dr Aziz Bari kata, ”BN Pucat , PR Gigit Jari.” Ia ibaratkan macam main bola. PR sepak bola walaupun dah takde penjaga gol, tapi hayun bola kena tiang, lantun keluar dan diambil BN semula.
Aku harap kes ni, banyak beri pengajaran pada MP PR terutamanya MP PAS. Mungkin ada baiknya kes ni berlaku. Tapi niat aku undi ADUN dan MP adalah untuk hantar mereka ke sana, bukan untuk PONTENG!!!
SB : Ahli PAS jangan ponteng sembahyang jemaah....
Sunday, December 20, 2009
Ketua Pemuda Keadilan (AMK) SOKONG BTN.
“KAMI SOKONG BTN” jerit Ketua Angkatan Muda Keadilan, Syamsul Iskandar kepada perwakilan Konvensyen PR semalam. Semua perwakilan terkejut termasuk DS Anwar. Syamsul Iskandar meneruskan ucapan menyatakan sokongan terhadap BTN.
Katanya BTN membolehkan anak-anak muda bersatu, bersemangat untuk menyelamatkan negara. Apahal AMK ni.. Tiada seorang perwakilan pun yang setuju dengan BTN. Tan Sri Khalid nampak serius. Semua orang tahu. BTN adalah alat untuk umNO mengekalkan sokongan orang melayu dengan hasutan perkaumannya.
Aku pun pernah ikuti kursus ni dalam Tahun 91. Cerita di dalamnya memang berbau perkauman, kemudian diselitkan dengan agama. Melayu diancam, negara akan kucar kacir, Islam akan hilang. Melayu mesti bersatu dengan UMNgOk untuk selamatkan Islam, Melayu dan Negara. Sebiji macam TOK PETI PERAK cakap.
Tapi.. yang seronok BTN ni kita boleh cakap apa saja. Aku lawan balik. Last-last dia orang suruh aku masuk ABIM. Dia orang kata Pak Sheik sorang je yang berjuangkan Islam dalam umNO. Aku kata kalau pasal Islam ni aku dah masuk parti LULUS !!! Kita jointlah...
Tutup cerita tu, balik cerita Shamsul AMK, dia masih cakap berapi-api, bersemangat dengan BTNnya.. Akhirnya dia bagi tau... BTN tu, anak muda Bersama Tolak Najib.... Baru semua perwakilan tersenyum termasuk DSAI dan TSKI... Si Shamsul ni, nasib baik aku belum baling kasut !!!
Thursday, December 17, 2009
1431H - Ajal makin dihampiri...

SB: Tingkatkan Amalan. Teruskan Perjuangan. Teruskan Berdoa. Jangan tinggalkan sembahyang jemaah kerana nak tengok bola...
Thursday, December 3, 2009
Ahli umNo tak payah bayar...

Orang yang pergi pasar hari selasa juga pasti merungut. Orang yang memang biasa ke Gopeng pasti merungut. Sat lagi ramai orang parking kat masjid lama Gopeng. Pengerusi boleh demand le. Supaya semua orang akan merungut.. merungut..merungut.
Tapi... orang umNo ni rungut je lebih. Nampak dacing... meleleh ayor lior. "Bodoh tak boleh diajor , cherodik tak boleh diikut" kata orang tua-tua. Sebab ada juga orang umNo yang bagi tau, "kalau tak dikutip cukai mana nak dapat duit ?" Jawapan bodoh daripada pemerintah yang bodoh yang membodohkan otak mereka dengan BTN.
SB : Ahli umNo boleh tunjukkan kad ahli untuk dapat diskaun bayaran....
* Gambar diambil dari blog "sendiri mau ingat "
